Wednesday, December 28, 2011

Nama-nama yang dilarang.

Nama-nama yang dilarang.

Abkam = Tidak celik, buta
Abiqah = Hamba yang lari dari tuannya
Afinah = Yang *****
Asyar = Paling jahat
Asyirah = Yang tidak bersyukur atas nikmat
Amah = Hamba suruhan perempuan
Baghiah = Yang zalim, jahat
Bahimah = Binatang
Balidah = Yang *****, *****
Bakiah = Yang menangis, merengek
Baqarah = Lembu Betina
Batilah = Yang batil, tidak benar
Dabbah = Binatang
Dahriyah = Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dahisyah = Goncang, stress
Darakah = Kedudukan yang rendah
Daniyah = Yang lemah dan hina
Dami'ah = Yang mengalir air matanya
Fasidah = Yang rosak, yang binasa
Fasiqah = Yang jahat, si fasik
Fasyilah = Gagal, kalah
Fajirah = Yang jahat, yang berdosa
Faji'ah = Kecelakaan
Ghafilah = Yang lalai, yang leka
Ghailah = Kecelakaan, bencana
Ghaibah = Hilang
Ghasibah = Perampas, perompak
Ghamitah = Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghawiah = Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
Haqidah = Yang dengki
Hasidah = Yang hasad
Hazinah = Yang sedih
Huzn = Kesedihan
Khabithah = Yang jahat, yang keji
Khali'ah = Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ah = Yang bersalah, yang berdosa
Khasirah = Yang rugi
Khamrah = Arak
Jariah = Hamba suruhan perempuan
Jafiah = Yang tidak suka berkawan
Kaibah = Yang sedih
Kafirah = Yang kafir, yang ingkar
Kamidah = Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah = Pendusta, pembohong
Lahab = Bara api
Laghiah = sia-sia, tidak berfaedah
La'imah = Yang tercela
Lainah = Yang terkutuk
Lahifah = Yang sedih, menyesal dan dizalimi
Maridah = Yang menderhaka
Majinah = Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah = Agama menyembah api atau matahari
munafikah = Yang munafik
Musibah = bencana, kemalangan
Nariah = Api
Nasyizah = Yang menderhaka dan melawan suami
Najisah = Yang najis dan kotor
Qabihah = Yang buruk, hodoh
Qatilah = Pembunuh
Qasitah = Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qazurah = Kejahatan, perzinaan
Rajimah = Yang direjam, yang dilaknat
Razi'ah = Kecelakaan, musibah
Razilah = Yang keji dan hina
Sakitah = Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Safilah = Yang rendah dan hina
Sahiah = Yang pelupa
Sakirah = Pemabuk
Syafihah = Yang b****
Syaridah = Yang diusir
Syaqiyah = Yang menderita
Syarrul Bariyyah = Sejahat-jahat manusia
Syani'ah = Yang buruk
Syarisah = Yang buruk akhlak
Syatimah = Maki hamun
Syariqah = Pencuri
Talifah = Yang rosak, yang binasa
Tarbiyah = Yang papa kedana
Tarikah = Anak dara tua
Tafihah = Karut
Talihah = Yang tidak baik
Yaisah = Yang berputus asa
Yabisah = Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Wahinah = Penakut
Waqihah = Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah = Yang kotor
Wasyiah = Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wahimah = Yang lemah
Wahiah = Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wajilah = Penakut
Wailah = Bencana, keburukan
Waqi'ah = Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Zalijah = Kebinasaan
Zalilah = Yang hina
Zalimah = Yang zalim
Zaniyah = Penzina, pelacur
Zufafah = Racun pembunuh



P/s : Nak pilih nama anak kenalah ada maksud yang baik-baik kerana ia adalah satu doa. Jangan pilih main sedap bunyi je tapi tak ada maksud yang baik.
comel tak..??


Baca selengkapnya

Monday, December 26, 2011

Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita

 
 
Kisah Benar “Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita”

Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.

Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.

informasikini.com
Baca selengkapnya

Saturday, December 3, 2011

Mencari Emas dalam Sampah.

Walaupun bau busuk, bahaya sampah runtuh dan hujan lebat tiba-tiba menaikkan paras air boleh membahayakan nyawa, tetapi berdozen-dozen orang sibuk mencari barang-barang kemas dan sisa logam dari satu timbunan sampah setinggi 300m di Guatemala.

Setiap hari, kira-kira 300 orang yang menggelar diri mereka "pelombong" turun ke bawah jurang dan mengharungi air sampah busuk untuk mencari cincin dan gelang yang diperbuat daripada perak atau emas yang mungkin terdapat di situ.

"Saya mendapat lebih banyak wang datang ke sini daripada pergi ke syarikat di mana mereka terus-menerus akan memarahi saya," kata Eddie Miranda yang berusia 41 tahun.

Dia bernasib baik baru-baru ini apabila mendapat gelang dengan 9 gram emas dan mendapat 2000 quetzals ($ 256) untuk itu. Ia mungkin tidak kelihatan seperti banyak, tetapi ia hampir sama seperti gaji bulanan $ 270 minimum di negara Amerika Tengah.
Walaupun nywa jadi taruhan akibat air sampah yang berasid, ramai pekerja dan penganggur memilih cara hidup seperti tu apabila mampu mendapat $20 dollar sehari iaitu dua kali ganda gaji sehari jika bekerja.


 


 
















Baca selengkapnya

Friday, December 2, 2011

Sup Janin

Sup Janin

Di era akhir zaman ini, nafsu manusia semakin rakus. Tidak cukup dengan pelbagai juadah yang sedia ada. Mereka sentiasa tercari-cari dan terus mencari selera yang pelbagai. Baru-baru ini kita telah digemparkan oleh akhbar Metro dengan kisah "sup janin". Tidak pernah terfikir oleh kita bahawa ada segelintir manusia tidak berperikemanusian yang sanggup melakukan tindakan yang sedemkian.

  Adalah dimaklumkan bahawa mereka sanggup berbuat demikian demi untuk menguatkan tenaga shahwat. Masih tidak cukupkah lagi dengan khasiat tongkat ali, ikan belacap, gambir sarawak dan sebagainya. Kini janin yang tidak berdosa pula menjadi pilihan penggemar penguat tenaga seks.

  Tabiat dan amalan ini tidak ubah seperti perlakuan canibal (manusia makan orang). Cuma bezanya mereka ini tinggal di bandar-bandar (jika dibandingkan dengan canibal yang tinggal di dalam hutan).

  Nampaknya semakin kita menghampiri penghujung dunia, semakin banyak perkara dan peristiwa pelik yang berlaku. Adalah tidak mustahil jika pada suatu hari nanti kita akan melihat terdapatnya manusia yang memakan daging manusia secara terang-terangan di bandar-bandar besar. Berdoalah kepada Yang Maha Esa agar kita tidak berada di zaman tersebut.

   Semua perkara yang baik itu datangnya dari Allah SWT, manakala yang buruk dan lemah itu datangnya dari kesilapan kita sendiri sebagai umat manusia. Bersamalah kita berusaha memperbaiki amalan kita setiap hari, semoga menjadi insan yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat, insya Allah.



 

Sumber : Malaysia Ria.
Baca selengkapnya

Thursday, December 1, 2011

Budak-Budak pun dah pandai Berasmara.

Budak-Budak pun dah pandai Berasmara.

Dunia hari ini, budak kecil pun dah pandai berasmara.

 
Mungkin kerana "dunia tanpa sempadan" membuatkan mereka meniru aksi ini.


 
 
Pantaulah anak-anak anda.


 
 
Sampai macam tu sekalikan. 


 
Dunia akhir zaman.











Walaupun perkara ini berlaku di China tetapi inilah gambaran manusia di masa akan datang. Masih kecil sudah rosak akhlaknya. Bagaimana bila sudah remaja dan dewasa nanti? FIkirkan??
Baca selengkapnya
Aksi ‘toyol’ ceroboh pejabat sekolah agama

Aksi ‘toyol’ ceroboh pejabat sekolah agama

JOHOR BAHRU: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah agama di Taman Dahlia, di sini, membongkar aksi sekumpulan lima penjenayah cilik termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang memecah masuk pejabat sekolah berkenaan sebelum melarikan dua komputer riba.
Dalam kejadian jam 2.37 pagi semalam, lima penjenayah terbabit berusia 10 hingga 18 tahun dengan dua daripada mereka yang paling muda berusia 10 dan 12 tahun menggunakan susuk tubuh kecil untuk menyelit masuk melalui pintu berjeriji selepas gagal memecahkan mangga.
BUKTI...rakaman CCTV menunjukkan dua kanak-kanak yang menceroboh pejabat sekolah dan melarikan komputer riba.
Kedua-dua mereka menyelongkar laci pejabat untuk mencari barang berharga dan berada di situ selama sejam tanpa menyedari gelagat mereka dirakam CCTV.
Ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah berkenaan, Mohammad Nick Abdullah, 43, berkata dia menyedari kejadian itu selepas melihat kesan umpil pada satu daripada pintu jeriji ketika ke sekolah untuk memeriksa rakaman CCTV pada jam 7.30 pagi semalam.
SOROK...rakaman CCTV menunjukkan seorang kanak-kanak yang berselindung di sebalik pintu merangkak untuk mengelak wajahnya dirakam.
Selepas memeriksa pejabat, Nick mendapati komputer riba hilang dan penelitian melalui rakaman CCTV menunjukkan penjenayah cilik menyelongkar laci dan memasukkan peralatan elektronik berkenaan ke dalam dua beg.
Harian Metro
 
 
Toyol sekarang pun dah masuk paper!
Baca selengkapnya

Sup Anjing di Korea.


Hari Khamis mungkin bukan hari yang baik untuk menjadi anjing di Korea Selatan. Ini kerana ia antara tiga hari paling panas menurut kalendar Korea dan sup anjing adalah antara cara untuk mengatasi suhu panas. 

Mereka yang berusaha melindungi tubuh daripada panas memakan makanan tradisional seperti sup ayam ginseng, belut dan ‘bo- shin-tang’ yang mengandungi daging anjing yang direbus dengan sayur serta rempah-ratus. 


Anjing dipelihara di Korea Selatan untuk dimakan dan peminat berkata, ‘bo-shin- tang amat baik untuk kesihatan. Sebahagian orang menganggapnya makanan istimewa. 

“Saya makan sup anjing kerana ia meningkatkan tenaga saya, meskipun ketika saya keletihan,” kata Shin Gwan-sup, 56, di sebuah restoran anjing.




 
 
 

Baca selengkapnya
Ini adalah sup darah itik yang dicampurkan dengan bahan-bahan lain dan dia seperti jeli. Boleh mengubati penyakit darah tinggi. Popular dicChina, Vietnam dan sebahagian Thailand.
 
 

 
 
 
 
 

Nak rasa ker? weekkk
Baca selengkapnya