Showing posts with label akhir zaman. Show all posts
Showing posts with label akhir zaman. Show all posts

Saturday, December 22, 2012

Wanita Ini Bertindak Memenggal Kepala Perogol

Wanita Ini Bertindak Memenggal Kepala Perogol

Seorang wanita Turki yang dikenali sebagai Nevin kini sedang dibicarakan di mahkamah atas dakwaan membunuh seorang lelaki. Tindakan wanita itu adalah kerana mempertahankan dirinya daripada dirogol oleh lelaki tersebut.
Jangan disangka wanita itu lemah, dan jangan disangka wanita itu tidak berani. Ini yang terjadi kepada seorang wanitaTurki apabila dirinya sering menjadi mangsa buas seoranglelaki yang bertindak merogolnya. Wanita Turki ini juga sedang menunggu perbicaraannya selepas dia ditahan kerana memenggal kepala seorang lelaki yang dikatakan merogolnya berulang kali selama lapan bulan.
Nevin (gambar kanan, atas) menembak dan memeggal Nurettin yang merogolnya selama lapan bulan. Foto utama menunjukkan kepala Nurettin (dibulatkan). – Foto ihsan crimelibrary
Wanita berkenaan membunuh lelaki itu demi maruah diri, kata peguamnya.
Nevin Yildirim, 26, ibu kepada dua cahaya mata, tinggal di sebuah kampung kecil di barat daya Turki.
Menurut sumber yang dekat dengan kes, lelaki durjana itu, Nurettin Gider dikatakan mula menyerang wanita itu beberapa hari selepas suaminya meninggalkannya pada Januari lalu untuk bekerja di bandar lain.
Tambah sumber itu, Nurettin telah mengancam Nevin dengan pistol dan mengugut akan membunuh anak-anaknya yang berumur dua dan enam tahun jika dia bising.
“Selepas itu, itu adalah pertama kali Nevin dirogol dan kemudiannya perbuatan itu terus berulang selama lapan bulan.
“Pada satu ketika, Nevin berkata, Nurettin menyelinap ke dalam rumahnya ketika dia sedang tidur dan mengambil gambar dia dan salah sekeping gambar itu menunjukkan badannya yang sedang berbadan dua.
“Lebih kejam, Nurettin mengugut untuk menyiarkan gambar jika dia tidak taat kepadanya,” kata sumber itu lagi.
Di kampung-kampung kecil di negara itu, harga diri seorang wanita adalah segala-galanya dan penghormatan itu menjadi beban kepada keluarga mereka.
Sementara itu, gambaran buruk yang berlaku ke atas Nevin, boleh mendatangkan bahaya kepada keluarganya.
Pada 28 Ogos lalu, ketika sedang sarat mengandung lima bulan, Nevin akhirnya memutuskan untuk menghentikan tindakan lelaki itu dari terus merogolnya.
Ketika Nurettin memanjat dinding belakang rumahnya, “saya tahu dia akan rogol saya lagi,” katanya pada pendengaran awal pada 30 Ogos lalu.
Nevin berkata, ketika itu, dia mengambil senapang bapa mertuanya yang tergantung di dinding dan menembaknya.
Nurettin bagaimanapun cuba merampas senapang itu tetapi gagal dan Nevin ‘menghadiahkan’ sedas lagi tembakan.
“Saya mengejar dia,” katanya. “Dia jatuh di atas tanah dan mula mengerang kesakitan. Saya kemudiannya menembak organ seksualnya dan lelaki itu terus diam.
“Saya tahu dia telah mati dan kemudian memotong kepalanya,” katanya.
Saksi kejadian berkata, Nevin berjalan ke sekeliling kampung membawa kepala lelaki itu sambil menggenggam rambutnya.
“Jangan bercakap di belakang saya, jangan bermain dengan penghormatan saya.
“Ini ialah kepala manusia yang bermain dengan penghormatan saya,” katanya kepada seorang lelaki yang duduk di sebuah kedai kopi.
Nevin kemudiannya melemparkan kepala Nurettin ke tanah, kata saksi.
Tidak lama kemudian, jurukamera dari agensi penyiar Turki, DHA yang tiba di tempat kejadian sebelum pihak berkuasa, berjaya merakamkan kepala Nurettin di atas tanah.
Selepas kejadian itu, pihak berkuasa memanggil saksi untuk membantu siasatan dan wanita itu ditangkap.
Nurettin, 35, merupakan bapa kepada dua anak yang berusia sembilan dan 15 tahun. Dia telah berkahwin dengan ibu saudara suami Nevin.
Menurut sumber, ketika diadili, Nevin memberitahu dia menyesali apa yang berlaku.
“Pada mulanya saya ada terfikir untuk melaporkan kejadian yang menimpanya kepada pihak polis ataupun peguam daerah, tetapi saya tidak mahu dikatakan sebagai perempuan murahan.
“Daripada saya mendapat reputasi yang buruk, saya telah membuat keputusan untuk membersihkan maruah diri saya dan membunuhnya.
“Saya juga terfikir untuk membunuh diri tetapi saya tidak tergamak melakukannya,” kata Nevin yang bimbang orang ramai akan menghakimi anak-anaknya atas apa yang berlaku.
“Sekarang tiada siapa yang boleh memanggil anak-anak saya haram.
“Saya telah membersihkan penghormatan saya. Semua orang akan memanggil anak-anak saya sebagai ‘anak-anak wanita yang dibersihkan maruahnya,” katanya.
Tambah sumber itu lagi, Nevin telah pergi ke sebuah klinik kesihatan untuk melakukan pengguguran, tetapi jururawat memberitahunya adalah mustahil untuk meneruskan hasratnya itu kerana dia sudah 14 minggu hamil.
Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata, di Turki, pengguguran dibenarkan hanya semasa 10 minggu pertama kehamilan dan selain itu pengguguran hanya dibenarkan untuk kes-kes untuk menyelamatkan nyawa atau kesihatan ibu atau dalam kes-kes kerosakan janin sahaja.
Sewaktu kes Nevin dibicarakan, dia mengakui tidak mahu menjaga bayi itu dan lebih rela mati.
Pejabat pendakwa raya telah mengarahkan pemeriksaan perubatan dijalankan ke atasnya untuk mematikan sama ada Nevin pernah membuat pengguguran yang mungkin mengganggu kestabilan mentalnya, kata sumber itu.
Bapa Nevin, Zekeriya Yildiz berkata, DNA anak perempuannya menunjukkan tidak ada elemen sumbang muhrim di kalangan keluarganya.
“Jika dia ada memberitahu kami, kita akan mengambil langkah berjaga-jaga lain,” katanya.
Sementara itu, Nevin kini ditempatkan di penjara tempatan sementara menanti hari perbicaraan.
Dalam satu laporan tahun lepas, kumpulan pemerhati Hak Asasi Manusia menjelaskan bahawa terdapat jurang dalam undang-undang Turki di mana gadis dan wanita tidak dilindungi daripada penderaan domestik.
Mereka mendapati, kira-kira 42 peratus wanita yang berusia lebih 15 tahun tinggal di bandar dan 47 peratus wanita berada di luar bandar dilaporkan mengalami keganasan fizikal atau seksual sama ada oleh suami atau pasangan mereka.
“Dia telah hidup dalam trauma yang sangat dahsyat.
“Dia mesti didakwa kerana mempertahankan diri,” kata ahli sosiologi di Universiti Akdeniz dan ahli Organisasi Sokongan Wanita Antalya, Gursel Oztunali Kayir.
*Diterjemah dari laporan CNN
Baca selengkapnya

[20 FOTO] Cara Kejam Lupuskan Mayat

Kebanyakan orang Tibet adalah Budha yang percaya pada kelahiran kembali. Setelah seseorang meninggal, tubuh mereka dianggap tidak lebih dari plastic kosong yang perlu dibuang. Disebabkan kondisi geografik tanah tibet yang berbatu serta curam akan sumberdaya kayu, mereka akhirnya lebih memilih untuk melakukan penguburan langit daripada membakar jenazah-jenazah, kerana dianggap lebih praktis.pekara ini memang mengerikan bagi kita yang belum pernah melihatnya, namun bagi umat budha di Tibet, penguburan langit (sky burial) merupakan kemurahan hati bagi orang yang meninggal, kerana mereka memberikan tubuhnya sebagai makanan untuk makhluk hidup lain.

Foto-foto di bawah memperlihatkan proses penguburan langit yang dilakukan oleh orang-orang Tibet.

 



















Baca selengkapnya

Gambar mengerikan bayi dari hasil yang diklonkan

Pada 26 Disember 2002 dunia digemparkan oleh berita kelahiran bayi berjenis kelamin perempuan hasil pengklonan manusia yang pertama di dunia. Berita tersebut dihembuskan oleh Clonaid, syarikat yang bergerak dibidang pengklonan makluk hidup yang beribu pejabat di Bahamas.

Bigitte Boisselier, Presiden Clonaid yang kontroversial
Bayi tersebut dilahirkan melalui bedah Caesar di lokasi yang dirahsiakan. "Bayi tersebut dalam keadaan sihat," demikian kenyataan akhbar yang disampaikan oleh Brigitte Boisselier, Presiden Clonaid waktu itu seperti dipetik Newscientist. Adapun bayi tersebut merupakan hasil kloningan dari seorang wanita berusia 31 tahun asal Amerika Syarikat yang mempunyai pasangan yang mandul.

Walau kabar tersebut banyak diragukan, namun Boisselier tetap bergerak dan berkeras bahawa hal tersebut akan menjadi tunggak baru dalam sejarah umat manusia. Dan peristiwa ini, benar-benar telah membawa banyak syarikat sejenis untuk cuba melakukan hal serupa.

Proses pengkloningan manusia merupakan proses yang rumit kerana DNA manusia amat kompleks. Sulit memetakan DNA manusiaa, memilih gen yang baik dan membuang gen yang buruk. Banyak sekali kegagalan dalam proses pengkloningan manusia. Hasilnya pun mengerikan.

Banyak yang tidak tahu bahawa risiko terbesar dari makhluk hasil pengkloningan adalah kelahiran yang cacat dan tidak sempurna. Selama ini kita tidak pernah mengetahui betapa teruk daripada bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang gagal. Inilah bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang gagal :

Bayi-bayi cacat hasil kloning yang gagal
Gambar-gambar diatas bocor oleh anasir salah satu syarikat yang tidak disebutkan dan beredar luas di kalangan para netizen di seluruh dunia, walau gaungnya tidak seheboh saat pertama kali kambing Dolly diterbitkan. Namun gambar-gambar ini menjadi perdebatan hangat di kalangan saintis perubatan dan biologi molekul.

Yang patut diingat adalah pengkloningan manusia ini sebenarnya diharamkan oleh semua agama, sebab melanggar fitrah. Hanya Tuhan saja yang mempunyai kuasa untuk mencipta. Manusia sekalipun tidak akan dapat mendekati kesempurnaan Tuhan. Dan akibat dari hal tersebut adalah seperti yang boleh kita lihat dalam gambar diatas.

Semoga ini menjadi pelajaran buat kita semua agar selalu ingat bahawa Allah Maha Besar Kuasa-NYA.

(Newscientist, Guardian dan pelbagai sumber-sumber lain)

Baca selengkapnya

Sunday, March 4, 2012

Imbasan : Kekejaman Tentera Serbia Keatas Umat Islam Bosnia

Imbasan : Kekejaman Tentera Serbia Keatas Umat Islam Bosnia






Kerana tidak mahu Islam menguasai Srebrenica-Bosnia, puak Serbia Bosnia yang dipimpin oleh Jeneral Ratko Mladic mengarahkan tentera membunuh 8,000 lelaki dan remaja dari etnik Islam Bosnia di wilayah itu. Kejadian yang berlaku Julai 1995 meng­gemparkan seluruh masyarakat dunia terutama negara-negara Islam yang marah dengan tindakan Serbia. Mengikut kenyataan rasmi dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), jumlah sebenar mungkin melebihi dari jumlah yang dilaporkan kerana majoriti penduduk bandar kecil itu adalah etnik Islam Bosnia.


Peristiwa itu bermula pada sekitar tahun 1992 apabila berlaku perpecahan antara Serbia dan Bosnia dalam peperangan saudara yang menyaksikan kebangkitan Islam di Bosnia. Srebrenica yang bersempadan dengan Bosnia telah diberi tanggungjawab menjaga kem pelarian etnik Islam dari serangan puak tentera Serbia yang dikawal oleh 400 pasukan pengaman dari Belanda lengkap dengan senjata. Bagaimanapun, pada 6 Julai 1995, militan Serbia Bosnia dibantu oleh pasukan Korps Drina dari tentera Serbia Bosnia telah menggempur pos-pos kawalan tentera Belanda di sempadan sebelum memasuki Srebrenica.


Ramai pasukan pengaman dari Belanda terbunuh dan ada yang ditawan oleh tentera Serbia. Tentera Serbia yang terlalu ramai menyebabkan ramai tentera pengaman Belanda terpaksa menyelamatkan diri di sempadan Bosnia. Pada 11 Julai, tentera Serbia Bosnia berjaya menawan kem pelarian Islam Bosnia. Mereka mengasingkan kaum lelaki berusia 12 hingga 77 tahun untuk dihapuskan Kanak-kanak, wanita tua dan wanita diasingkan dalam khemah. Ramai wanita dirogol oleh puak militan Serbia Bosnia dan ada juga dibunuh kerana menentang mereka. Pada 13 Julai, kira-kira 8,000 lelaki dibunuh beramai-ramai di luar sebuah gudang di Kravica. Namun, ada yang berjaya melarikan diri dari pembunuhan kejam itu.


Pun begitu, ramai juga yang terbunuh terpijak periuk api, dibunuh oleh militan dan tentera Serbia yang mengepung kem pelarian itu. Pembunuhan beramai-ramai yang dipanggil Genosida Srebrenica memaksa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan tegas terhadap Serbia Bosnia terutama pemimpinnya. Apa yang menyedihkan, Mahkamah Keadilan Antarabangsa tidak mendakwa Serbia atas tindakan kejam itu sebaliknya mengecam negara itu gagal mengekang kejadian tersebut. Walaupun tindakan kejam itu dilakukan oleh militan Serbia Bosnia, tapi militan itu mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Serbia Bosnia.



Ratko Mladic



Pada 27 Februari 2007, ICJ mengarahkan Jenderal Ratko Mladic yang mengetuai pem­bunuhan beramai-ramai diburu untuk dibica­rakan ke mahkamah atas tuduhan membunuh untuk penghapusan etnik Islam Bosnia. Jenderal Mladic bersama pembantunya berjaya menyembunyikan diri dari diburu oleh pasukan pengaman. Beberapa tahun kemudian, ramai dari mereka ditahan dan diadili di ICJ dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan hukuman mati. Beberapa buah kubur besar turut digali semula untuk membuktikan kezaliman militan dan tentera Serbia terhadap etnik Islam Bosnia. Mayat-mayat itu kemudiannya dimasukkan ke dalam keranda dan dikebumikan di perkuburan Islam.


Walaupun kejadian itu sudah berlalu hampir 15 tahun, ia masih segar dalam ingatan masyarakat Islam terutama ahli-ahli keluarga yang dibunuh dengan kejam. Saya masih ingat pada satu masa dahulu, Tv3 menayangkan satu rencana yang bertajuk lebih kurangnya ‘Massacre In Bosnia’. Ia menayangkan kekejaman yang dilakukan oleh Serbia yang mana majoritinya Kristian menyembelih dan melakukan pembersihan etnik terhadap umat Islam Bosnia dan Kosovo. Ini adalah fakta sejarah. Kekejaman yang dipaparkan jelas melangkaui pemikiran manusia biasa.




Mungkin kita tidak pernah terfikir, seorang manusia sanggup menyembelih bayi-bayi yang masih kecil, mengembiri kaum-kaum lelaki kemudiannya membakar mereka hidup-hidup, merogol wanita-wanita sehingga ramai di antara mereka mengalami gangguan mental dan membunuh diri. Ia hanyalah secebis kisah duka, namun yang paling menyayat hati di mana pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh jiran mereka sendiri yang selama ini hidup aman. Perkampungan yang sebelum ini menjadi tempat mereka bermain dan berkongsi kegembiraan menjadi neraka. Jiran mereka sendiri merogol anak-anak perempuan, isteri-isteri jiran-jiran mereka di hadapan suami-suami dan bapa-bapa mereka sendiri. Seterusnya mereka mengumpulkan jiran-jiran mereka ini dan menembak mereka secara beramai-ramai. 





Satu lagi tragedi hitam umat Islam di akhir abad ke-20. Orang yang bertanggungjawab di sebalik kejadian kejam ini jika anda masih ingat semestinya Presiden Serbia masa itu iaitu Rodovan Karadzic. Pembunuhan-pembunuhan ini merupakan yang paling kejam selepas perang dunia ke-2 di Eropah. Beliau telah diburu hampir selama 13 tahun. Hampir 11,000 penduduk Bosnia menjadi kekejaman manusia yang tak layak digelar manusia ini. Angka ini mungkin tidak tepat kerana ramai yang terkorban tidak dijumpai tempat pembunuhan mereka.




Karadzic telah menyamar dan menjadi pengamal perubatan alternatif menggunakan identiti palsu selama 13 tahun. Dia menyimpan rambut panjang, berjanggut dan bercermin mata untuk menyembunyikan identitinya selama ini. Penduduk Bosnia yang selama ini menyimpan harapan melihat pembelaan terhadap pembunuhan kejam itu menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Namun, masih adakah keprihatinan umat Islam khususnya di Malaysia terhadap berita ini atau kita sekadar sibuk memikirkan bagaimana untuk mengenyangkan perut kita sahaja? Sesungguhnya terlalu banyak tragedi umat slam di seluruh dunia yang disembunyikan (PENEMUAN NGERI: Para sukarelawan menggali dasar Tasik Perucac untuk mencari rangka mangsa Perang Bosnia.



























sumber : Malaysia RIa
Baca selengkapnya

Friday, December 2, 2011

Sup Janin

Sup Janin

Di era akhir zaman ini, nafsu manusia semakin rakus. Tidak cukup dengan pelbagai juadah yang sedia ada. Mereka sentiasa tercari-cari dan terus mencari selera yang pelbagai. Baru-baru ini kita telah digemparkan oleh akhbar Metro dengan kisah "sup janin". Tidak pernah terfikir oleh kita bahawa ada segelintir manusia tidak berperikemanusian yang sanggup melakukan tindakan yang sedemkian.

  Adalah dimaklumkan bahawa mereka sanggup berbuat demikian demi untuk menguatkan tenaga shahwat. Masih tidak cukupkah lagi dengan khasiat tongkat ali, ikan belacap, gambir sarawak dan sebagainya. Kini janin yang tidak berdosa pula menjadi pilihan penggemar penguat tenaga seks.

  Tabiat dan amalan ini tidak ubah seperti perlakuan canibal (manusia makan orang). Cuma bezanya mereka ini tinggal di bandar-bandar (jika dibandingkan dengan canibal yang tinggal di dalam hutan).

  Nampaknya semakin kita menghampiri penghujung dunia, semakin banyak perkara dan peristiwa pelik yang berlaku. Adalah tidak mustahil jika pada suatu hari nanti kita akan melihat terdapatnya manusia yang memakan daging manusia secara terang-terangan di bandar-bandar besar. Berdoalah kepada Yang Maha Esa agar kita tidak berada di zaman tersebut.

   Semua perkara yang baik itu datangnya dari Allah SWT, manakala yang buruk dan lemah itu datangnya dari kesilapan kita sendiri sebagai umat manusia. Bersamalah kita berusaha memperbaiki amalan kita setiap hari, semoga menjadi insan yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat, insya Allah.



 

Sumber : Malaysia Ria.
Baca selengkapnya