Sunday, March 4, 2012

AWAS! Produk Dari Taiwan Yang Tercemar DI (2-Ethylhexyl) Phthalate (DEHP)

Sila ambil perhatian bahawa terdapat beberapa produk minuman yang diimport dari Taiwan telah disahkan tercemar dengan DI (2-Ethylhexyl) Phthalate (DEHP). Kat bawah ni senarai beserta gambar produk-produk tersebut.

Sedikit info mengenai DEHP.

1. Apakah itu DEHP?

DEHP adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik untuk menjadikannya lebih lembut (flexible).

2. Bagaimanakah makanan boleh tercemar dengan DEHP?

DEHP daripada pembungkus makanan plastik boleh berpindah (migrate) ke dalam makanan. DEHP juga boleh hadir dalam persekitaran disebabkan oleh pengeluaran, pengangkutan, penyimpanan dan pemprosesan bahan plastik dan secara tidak langsung ia boleh mencemari rantaian makanan manusia. Selain itu, makanan dicemari dengan DEHP kerana ia ditambah ke dalam clouding agent (sejenis aditif makanan) oleh syarikat pengeluar di Taiwan.

3. Apakah kesan pencemaran DEHP dalam makanan pada kesihatan manusia?

DEHP berkemungkinan boleh menyebabkan kanser ke atas manusia.



Sumber: http://fsq.moh.gov.my/v2/

Bagikan

Jangan lewatkan

AWAS! Produk Dari Taiwan Yang Tercemar DI (2-Ethylhexyl) Phthalate (DEHP)
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.