Showing posts with label sebarkan. Show all posts
Showing posts with label sebarkan. Show all posts

Saturday, December 22, 2012

CARA MENGENAL PASTI BARANG DARI KULIT BABI


Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.

Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:




1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga. Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi. Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.

2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain. 


3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut. 

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki. 


Sila ambil perhatian pada beberapa visual di bawah agar kita tidak tertipu dengan barangan datang dari wogok  itu.
 Pandangan dari jauh
Perhatikan betul-betul
Lihat titik membentuk tiga segi
Baca selengkapnya
Penjaja Jakarta Jual Bakso Babi Sejak 2 Tahun Lalu

Penjaja Jakarta Jual Bakso Babi Sejak 2 Tahun Lalu

 

Beberapa tahun lalu orang ramai telah diperdaya dengan jualan sate dan bakso dari daging anjing dan concorot. Kini mereka dikejutkan pula dengan berita yang lebih menggemparkan Indonesia. Kepada para penggemar bakso, mereka diminta untuk lebih berhati-hati apabila berkunjung ke Jakarta kerana besar kemungkinan kedai dan warung di sana menjual bakso daging lembu yang sebenarnya bersumberkan daging babi. . Agensi Pertanian dan Perikanan Jakarta Selatan menyerbu penjaja menjual bakso babi di tiga daerah di sini semalam. Masyarakat terutama umat Islam selama ini tertipu kerana bakso yang dimakan sejak bertahun disangka diperbuat daripada daging lembu. Ketua agensi berkenaan, Agung Priambodo berkata, pihak berkuasa mendapati penjaja yang berniaga di Cilandak, Kebayoran Baru dan Kebayoran Lama itu membeli daging babi mentah dari sebuah rumah sembelihan di Cipete untuk digunakan dalam penjualan bakso mereka.
Di dalam kedai berukuran sederhana yang beralamat di Jalan Damai, Kelurahan Cipete Utara, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan itu terdapat puluhan daging babi. Ditemui daging babi 50 kg dan daging yang sudah diolah menggunakan tepung 15 kg.
Pemilik tersebut disyaki mencampurkan daging babi ke dalam baksonya kerana harga daging lembu melambung tinggi sejak akhir2 ini. Penjaja terbabit terpedaya dengan harga murah daging berkenaan. Daging babi berharga 40,000 (RM12.70) hingga 45,000 Rupiah (RM14.28) sekilogram, manakala daging lembu dijual pada harga Rupiah 90,000  – 100,000 sekilogram (RM28.56 hingga RM31.73 sekilogram), sebagaimana dipetik daripada beritajakarta.com.
.
Harga daging lembu semakin meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini ekoran kerajaan menghadkan kuota daging import untuk melindungi pengeluaran daging tempatan. Berikutan itu, sesetengah pihak yang licik cuba mengambil kesempatan permintaan tinggi itu dengan membungkus daging babi yang haram dimakan umat Islam bagi menggantikannya dengan daging lembu.
 .
Dalam sidang akhbar diadakan, polis dan wakil Asosiasi Pedagang Daging Lembu Indonesia (ASDI) mendakwa rumah sembelihan yang terletak di pasar tradisonal Cipete di Jakarta Selatan terbabit sudah melakukan penipuan itu sejak dua tahun lalu. Pekerja di rumah sembelihan terbabit mendakwa mereka ditipu oleh pembekal yang melumurkan darah lembu ke atas daging babi itu.
 .
Dr. Eko Hendri, doktor haiwan dari Suku Pejabat Pertanian Jakarta Pusat, mengatakan, sangat sukar membezakan antara daging lembu segar dan daging babi secara mata kasar dari warnanya apatah lagi jika sudah menjadi bakso. Satu-satunya cara adalah dengan uji makmal.
Oleh kerana itu para pengunjung Muslim terutama pelancong Malaysia ke Jakarta diminta agar lebih hati-hati memilih warung bakso. Carilah kedai dan warung yang mempunyai reputasi baik dan memililki label halal.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
Sumber:
  1. h.metro
  2. beritajakarta.com.
  3. detik.com
Baca selengkapnya

Sunday, March 4, 2012

AWAS! Produk Dari Taiwan Yang Tercemar DI (2-Ethylhexyl) Phthalate (DEHP)

AWAS! Produk Dari Taiwan Yang Tercemar DI (2-Ethylhexyl) Phthalate (DEHP)

Sila ambil perhatian bahawa terdapat beberapa produk minuman yang diimport dari Taiwan telah disahkan tercemar dengan DI (2-Ethylhexyl) Phthalate (DEHP). Kat bawah ni senarai beserta gambar produk-produk tersebut.

Sedikit info mengenai DEHP.

1. Apakah itu DEHP?

DEHP adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik untuk menjadikannya lebih lembut (flexible).

2. Bagaimanakah makanan boleh tercemar dengan DEHP?

DEHP daripada pembungkus makanan plastik boleh berpindah (migrate) ke dalam makanan. DEHP juga boleh hadir dalam persekitaran disebabkan oleh pengeluaran, pengangkutan, penyimpanan dan pemprosesan bahan plastik dan secara tidak langsung ia boleh mencemari rantaian makanan manusia. Selain itu, makanan dicemari dengan DEHP kerana ia ditambah ke dalam clouding agent (sejenis aditif makanan) oleh syarikat pengeluar di Taiwan.

3. Apakah kesan pencemaran DEHP dalam makanan pada kesihatan manusia?

DEHP berkemungkinan boleh menyebabkan kanser ke atas manusia.



Sumber: http://fsq.moh.gov.my/v2/
Baca selengkapnya

LANGKAH KESELAMATAN KETIKA KILAT SERTA RIBUT PETIR

Firman Allah :
Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNYa, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.


(Surah Ar Ra’ad :12-13)


DOA KETIKA RIBUT PETIR



*************************************
LANGKAH KESELAMATAN KETIKA KILAT SERTA RIBUT PETIR

  • Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan.
  • Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku 6 batu ( 9.6 km) dari tempat kita berada.
  • Untuk mengira jarak kilat gunakan teknik “Flash to Bang” ( Kilat ke Guruh).
  • Kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1 batu. ( 10 saat = 2 batu , 20 saat = 4 batu , 30 saat = 6 batu ).
  • Sekiranya tempoh antara kilat dan guruh ialah kurang daripada 30 saat , langkah keselamatan berikut hendaklah diambil.
  • Hanya selepas 30 minit selepas kejadian kilat serta ribut petir barulah boleh dianggap selamat.

A). LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI DALAM BANGUNAN

- Matikan semua peralatan elektrik dan tanggalkan plag dari soket dinding jika perlu.
- JANGAN gunakan talipon talian rumah/pejabat gunakan talipon bimbit jika perlu sahaja
- Jangan duduk berhampiran pintu dan tingkap yang menghadap luar rumah.
- Elakkan berada di bilik air atau paip air yang diperbuat daripada besi.


B). LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI LUAR RUMAH

- Cari perlindungan di bangunan besar seperti kedai, pejabat dan rumah yang mempunyai besi penahan kilat (lightning arrestor).
- Jika tidak cari perlindungan dalam kereta, van, lori dimana semua tingkap ditutup rapat.
- Jika tiada berlindung dikawasan rendah yang tiada objek logam seperti dalam parit, longkang, tanah berlekuk dan sebagainya.
- Boleh mencari perlindungan di kawasan hutan tebal yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak serta sama tingginya.
- APABILA berada dalam kumpulan PASTIKAN jarak anda dengan rakan anda yang lain antara 15 kaki ke 20 kaki.
- DUDUK dalam keadaan menyangkung, kaki dirapatkan dan letak tangan pada telinga.
- JANGAN berlindung di Pondok Talipon, Pondok Bas, Bangsal, Khemah, Di Bawah Pokok.
- JANGAN berada di Kawasan Lapang, Padang Bola, Padang Golf.
- JANGAN berada di Kawasan Berair seperti Tasik, Sungai, Paya, Kolam Mandi, Taman Tema Air dan sebagainya.
- JANGAN berada di tanah tinggi, Gunung dan Bukit.
- JANGAN berada di tempat yang ada dua unsur seperti Batu dengan Tanah, Air dengan Darat, Pokok dan Tanah.
- JANGAN berada ditempat berhampiran logam seperti Pagar, Tiang Talipon, Tiang Elektrik.
- APABILA berada dalam bot diatas air dan anda tidak sempat ke daratan pastikan anda DUDUK rendah ditengah bot, JANGAN letakkan tangan dan kaki anda ke dalam air.
Baca selengkapnya

Friday, December 10, 2010

KEPADA PEMINAT MINUMAN SOYA

KEPADA PEMINAT MINUMAN SOYA

Berhati-hati dengan minuman soya DRINHO.

Mengandungi kerak umpama daging……

Jika ada yang membelinya, sila buka kotak minuman tu

sepenuhnya, jgn setakat potong hujungnya saja.

Patutlah sedap….EWEKKK…..!!

NI LA JADINYA KLU PENGILANGNYA BUKAN ORG ISLAM…KITA PEMBELI MELAYU JADI TEMAKAN BARANG HARAM LA…EWEKKKK!! USUS …!!


















SEKADAR BERKONGSI SAHAJA DAN SALING MENGINGATI..
Baca selengkapnya
NASI LEMAK 7 ELEVAN

NASI LEMAK 7 ELEVAN




Dari mailbox admin,

Salam semua,

Kepada pengemar nasi lemak yg selalu membeli nasi lemak d 7-eleven di Selangor
saya nasihatkan hentikan tabiat anda itu.....pagi tadi saya singgah kat kedai husband saya
dan ternampak satu kedai makan "cha ya nun alif" ni...and tgk ada seorang chinese girl tgh potong sayur di sebelahnya anjing tgh dok hidu sayur2 dia tu.....tetiba tergerak hati nk tya husband saya...

ini restoran ke apa? pastu hubby sy ckp dia terlupa nk cerita kt saya.....tempatnya saya terpaksa rahsia kan....mintak maaf sbb atas sebab2 keselamatan awam...heheheh

Menurut hubby saya ini bukan restoran tp tempat packing nasi lemak + bihun goreng utk di pasarkan ke 7 eleven seluruh selangor...

Owner ni dpt contract 3 tahun ngan 7 eleven....pekerjanya ramai Indon....salah sorang Indon kt tempat tu cerita kt hubby saya nasi lemak yang dia org proses halal...barang2 pun dari sumber2 yg halal...

Tapi masalahnya tgh mengoreng nasi lemak pun ada anjing kt kaki apa hal.....so tepuk dada tanya iman....
pada pandangan saya memg x halal sebab x menjaga kebersihan langsung...mcm mana nk halal anjing kiri kanan.....
So moralnya lebih baik beli nasi lemak yg di jual melayu kita di kaki2 lima tuh......

Wallahualam..
Baca selengkapnya
BEZA MARJERIN DAN MENTEGA

BEZA MARJERIN DAN MENTEGA













(MUNGKIN ADE YANG DAH PERNAH BACA SEBELUM NIH..)


Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA …perbezaan antara marjerin dan mentega?

Bacalah sehingga ke akhirnya…anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.

Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan … INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!

Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

(Differences Between Butter And Margarine) Dipetik dari Rense.com
Baca selengkapnya