Friday, December 10, 2010

Trend baru di Iran

Tutup Orat GayaTehran

(Sumber blog2 lain)

Tutup Orat Gaya Iran. Pembetulan, saya akan menampilkan entri Tutup Orat Gaya Tehran.
Ini kerana tutup orat gaya seperti di bawah ini
lazim ditemui di Tehran, dan jarang kedapatan di
kota besar Iran lain. * Perhatian, kaum Adam
diminta bertenang:

Akan tetapi, di Iran, jika anda menutup orat dengan gaya di atas, dan tidak bernasib baik, anda akan disaman polis. Memang penguatkuasaannya mengikut musim (macam speed trap). Dan selalu
bila disaman polis tentulah mereka, kita, anda akan meradang (contoh: apa barang had laju lebuhraya 110km, saya
memandu 114km pun disaman!). Mungkin keluhan mereka adalah, 'Apalah nak tunjuk
jambul dan buka kutang baju sedikit pun tak boleh. Tak demokratik. Tak ada hak
asasi. Jumud tau. I hate! I hate! I hate
mullah! Nanti next election
I tak nak undi parti Ahmadinejad lagi. I nak undi parti green. Kalau kalah I akan mengamuk sakan
tengah jalan.'Iran
adalah sebuah negara falsafah.


Para ulama dan birokrat dalam kerajaan membincangkan apakah menutup aurat itu hak peribadi atau hak masyarakat. Contohnya solat adalah hak peribadi, kalau anda tidak
solat maka silalah jawab dengan Allah kelak. Akan tetapi jika anda tidak
membayar zakat maka anda telah mencabul hak masyarakat. Dalam dunia syiah ada
perbahasan samada berhijab ini hak individu atau hak masyarakat seperti solat
dan zakat tadi. Tentu yang berpendapat hijab itu hak individu akan menegakkan
hujah-hujahnya. Sementara yang berpandangan hijab itu adalah hak masyarakat
akan meminta penguatkuasaan secara undang-undang terhadap wanita yang enggan
berpakaian 'senonoh'.

Well, anda tentu tidak mahu bergurau senda dengan polis di Iran. Khususnya polis wanita mereka.



Hah, bagaimana? Sebagai wanita anda merasakan hijab adalah hak individu atau hak masyarakat?p/s: phewwww....lan...roger roger...harap
bersabar...bertenang...gamba yg last tu bisa mematikan semua
khayalan...dishum dishum! hmm...bunge pon ade pestol taww..jgn main2..

p/s kemanakah Imam2 yang mereka agung-agungkan selama ini?

Bagikan

Jangan lewatkan

Trend baru di Iran
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.