Sekarang
ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan
dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan
daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit
binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di
kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari
negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.
Selaku
umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli
sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Berikut adalah
cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit
babi:
1.
Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh
sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang
lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini
amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN
TITIK-TITIK membentuk segitiga. Cuba belek dan perhatikan dengan
terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka
MEMANG SAH, itu adalah kulit babi. Jadi, anda seharusnya lebih
berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg
tangan. Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain,
tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti
gambar di atas adalah petandanya.
2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.
3.
Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk.
Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian
dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
4.
Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk
kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi
satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk
lelaki.
Bagikan
CARA MENGENAL PASTI BARANG DARI KULIT BABI
4/
5
Oleh
Nurfarah