Beberapa tahun lalu orang ramai telah diperdaya dengan jualan sate dan bakso dari daging anjing dan concorot. Kini mereka dikejutkan pula dengan berita yang lebih menggemparkan Indonesia. Kepada para penggemar bakso, mereka diminta untuk lebih berhati-hati apabila berkunjung ke Jakarta kerana besar kemungkinan kedai dan warung di sana menjual bakso daging lembu yang sebenarnya bersumberkan daging babi. . Agensi Pertanian dan Perikanan Jakarta Selatan menyerbu penjaja menjual bakso babi di tiga daerah di sini semalam. Masyarakat terutama umat Islam selama ini tertipu kerana bakso yang dimakan sejak bertahun disangka diperbuat daripada daging lembu. Ketua agensi berkenaan, Agung Priambodo berkata, pihak berkuasa mendapati penjaja yang berniaga di Cilandak, Kebayoran Baru dan Kebayoran Lama itu membeli daging babi mentah dari sebuah rumah sembelihan di Cipete untuk digunakan dalam penjualan bakso mereka.
Di dalam kedai berukuran sederhana yang
beralamat di Jalan Damai, Kelurahan Cipete Utara, Kebayoran Baru,
Jakarta Selatan itu terdapat puluhan daging babi. Ditemui daging babi 50
kg dan daging yang sudah diolah menggunakan tepung 15 kg.
Pemilik tersebut disyaki mencampurkan daging babi ke dalam baksonya kerana harga daging lembu melambung tinggi sejak akhir2
ini. Penjaja terbabit terpedaya dengan harga murah daging berkenaan.
Daging babi berharga 40,000 (RM12.70) hingga 45,000 Rupiah (RM14.28)
sekilogram, manakala daging lembu dijual pada harga Rupiah 90,000 –
100,000 sekilogram (RM28.56 hingga RM31.73 sekilogram), sebagaimana
dipetik daripada beritajakarta.com.
.
Harga daging lembu semakin meningkat
sejak beberapa minggu kebelakangan ini ekoran kerajaan menghadkan kuota
daging import untuk melindungi pengeluaran daging tempatan. Berikutan
itu, sesetengah pihak yang licik cuba mengambil kesempatan permintaan
tinggi itu dengan membungkus daging babi yang haram dimakan umat Islam
bagi menggantikannya dengan daging lembu.
.
Dalam sidang akhbar diadakan, polis dan
wakil Asosiasi Pedagang Daging Lembu Indonesia (ASDI) mendakwa rumah
sembelihan yang terletak di pasar tradisonal Cipete di Jakarta Selatan
terbabit sudah melakukan penipuan itu sejak dua tahun lalu. Pekerja di rumah sembelihan terbabit mendakwa mereka ditipu oleh pembekal yang melumurkan darah lembu ke atas daging babi itu.
.
Dr. Eko Hendri, doktor haiwan dari Suku
Pejabat Pertanian Jakarta Pusat, mengatakan, sangat sukar membezakan
antara daging lembu segar dan daging babi secara mata kasar dari
warnanya apatah lagi jika sudah menjadi bakso. Satu-satunya cara adalah
dengan uji makmal.
Oleh kerana itu para pengunjung Muslim
terutama pelancong Malaysia ke Jakarta diminta agar lebih hati-hati
memilih warung bakso. Carilah kedai dan warung yang mempunyai reputasi
baik dan memililki label halal.
.
والله أعلم بالصوابWallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
Sumber:
- h.metro
- beritajakarta.com.
- detik.com
Bagikan
Penjaja Jakarta Jual Bakso Babi Sejak 2 Tahun Lalu
4/
5
Oleh
Nurfarah