Saturday, December 22, 2012

Proses Buat Loan Kereta; Berhati-hati Apabila Deal Dengan Salesman

    Ingatlah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah berhati-hati apabila ingin membeli kereta baru atau kereta second hand. Ramai salesman yang tak jujur menanti untuk menggigit anda.

Ramai orang mudah tertipu dengan diskaun harga yang ditawarkan atau anda akan dapat cash rebet sekiranya anda membeli dengan salesman ini... awas... cek betul-betul anda rugi atau anda untung???? Dari segi zahirnya anda rasa anda untung kerana anda ditawarkan diskaun...tapi anda sebenarnya rugi kerana salesman sudah makan di atas interest bank yang sengaja dilebihkan dari kadar biasa.

Sebagai contoh; Harga Perodua Myvi ialah RM46,900. Tetapi salesman kata dia boleh bagi anda RM1000 diskaun dan beberapa hadiah menarik... Ini bererti; harga kereta setelah ditolak diskaun ialah RM45,900.  Anda bersetuju untuk membayar RM5,900 sebagai downpayment. Setelah dibuat sedikit kira-kira dan salesman bagitau anda bulanan kereta anda ialah RM487 selama 9 tahun. Anda tanpa banyak soal terus bersetuju membeli dengan salesman ini. 

Ok...anda tau tak berapa anda buat loan? Anda tau tak berapa interest bank yang terkini untuk pinjaman kereta? Anda tau tak cara kira-kira pinjaman kereta? Kalau anda tau sudah pasti anda tidak akan setuju dengan jumlah bulanan yang dikenakan.

Semasa blog ini ditulis interest bank bagi kereta nasional baru ialah 2.8% dan bagi kereta terpakai ialah 3.5%. Bulanan RM487 adalah dikira dengan interest 3.5%. Sekiranya dikira dengan interest 2.8% bulanannya ialah RM463.

Untuk interest 3.5%, keuntungan yang diambil bank ialah RM12,600. Untuk interest 2.8% keuntungan yang diambil bank ialah RM10,800. Bezanya ialah RM2,250.

Walaupun RM487 dan RM463 perbezaan cuma RM24 sahaja tetapi kalau dikira RM24 X 108 bulan (9 tahun) jumlahnya agak besar.

Berbalik kepada cerita salesman 'baik hati' yang bagi diskaun kepada anda tadi... dia sebenarnya telah memanipulasi anda yang tak tau apa-apa.... Walaupun dia dengan baik hati offer RM1000 diskaun tetapi secara diam telah telah mengambil duit anda sebanyak RM2,250 in return tanpa anda sedari.

Sebab itulah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah tau serba sedikit tentang proses loan dibuat.

Pertama; Mestilah tau harga kereta yang sebenar. Kereta baru amat senang untuk tahu harganya iaitu pada quotation kereta. Sementara kereta terpakai harga tak sama... tetapi anda mestilah tau pasaran semasa. Paling mudah untuk buat perbandingan harga boleh tengok dalam Mudah.my. Mesti diingat bahawa harga kereta terpakai yang dipamerkan adalah harga kereta shj tak termasuk insuran, road tax dan lain-lain proses.
Kedua; Mesti tau kadar interest semasa.

Ketiga; Tahu cara pengiraan loan kereta.
Contoh pengiraan sebuah Perodua Myvi baru: Harga:RM46,900.00, downpayment RM6,900.00. Jadi loan anda ialah RM40,000.00.

RM40,000 X 2.8% = RM1,120 (kadar keuntungan bank untuk setahun).

RM1,120 X 9 tahun (sekiranya loan 9 th)=RM10,080

Jadi:  RM40,000 (loan) +
         RM10,080 (keuntungan bank)
         ------------
         RM50,080 / 108 (9 th) = RM463.00 sebulan

Jadi anda kena bayar RM463.00 sebulan.    
  

Keempat; Boleh bertanya kadar interest yang sebenar apabila pihak bank menelefon anda, sekiranya anda tak bersetuju boleh dirunding minta kadar yang lebih rendah.

Loan Kereta 2nd hand

Anda juga mesti bijak semasa buat pengiraan loan untuk kereta 2nd hand. Harga kereta yang dipaparkan adalah harga bodi kereta sahaja. Awas jangan terpedaya dengan harga yang lebih murah dari kedai used car lain. Pastikan ia betul-betul murah. Bermacam cara dan tektik digunakan penjual kenderaan terpakai untuk mengelabui mata pembeli. Bagaimana? Misalnya harga sebuah perodua myvi tahun 2009 ialah RM32000.  Harga on the road boleh jadi RM36400. Apa pulak yang lebih lebih RM4400 ni... ok RM4400 ini adalah insurans dan documentations fees. Biasanya di bahagian inilah pihak used car akan charge giler-giler. Documentations fees termasuk- Company service, JPJ, Puspakom, service permohonan loan, runner dan transfer nama.

Dari segi insurans, anda mesti tau bagaimana cara untuk mengira insuran kenderaan dengan tepat. Kalau anda tak tau kira, anda boleh kira secara online- masuk je 'Paultan' blog, di sini ada Insurance Calculator. Salesman penipu akan kira dengan tak tepat. Kat sini pun dia orang dah boleh untung beratus ringgit sekiranya pembeli tak tau kira insuran. Aku pun hampir terkena. Harga kereta ialah RM32000. Salesman kata dia nak insured RM40000 kerena harga pasaran ialah RM40000. Tau berapa dia kira???? RM1720 untuk nilaian RM40000. Ini tak masuk akal langsung sebab kalau insured RM40000 insuransnya hanya RM1251. Kalau insured RM32000 (mengikut harga kereta) pasti lagi murah.

Anda juga mesti berfikir secara logik. Kalau anda beli kereta 2nd hand dan anda buat loan RM32000 selama 9 th, bulanan ialah RM405. Sebaliknya sekiranya anda beli kereta baru dan buat loan RM40000 selama 9 th, bulanan ialah RM465. Jadi perbezaan bayar bulanan tak banyak...cuma RM60 je, lebih baiklah anda beli baru biar betul-betul puas hati. Kereta 2nd ni kita tak tau sejarah silamnya baik ke buruk ke...

source: http://keretabarudankeretaterpakai.blogspot.com/2012/07/proses-buat-loan-kereta-berhati-hati.html

Bagikan

Jangan lewatkan

Proses Buat Loan Kereta; Berhati-hati Apabila Deal Dengan Salesman
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

4 comments

Tulis comments
avatar
Anonymous
April 22, 2013 at 5:01 PM

It is not my first time to visit this site, i am browsing this site dailly and get
pleasant information from here all the time.

Here is my weblog ... http://www.igamershood.com/blogs/18445/19906/straightforward-biotechnology-pr

Reply
avatar
Anonymous
April 22, 2013 at 5:53 PM

This video post is genuinely fantastic, the sound
quality and the picture feature of this video post is actually remarkable.


Also visit my weblog - www.pc-rescue.ch

Reply
avatar
May 28, 2013 at 12:47 PM

tq en.halim..info yg sgt berguna.

Reply
avatar
Anonymous
November 12, 2013 at 4:43 PM

salam..

saya rasa pengiraan interest tu mmg betul.. tapi salesman tu x ada kena mengena dengan interest.. untungnya kalau salesman bg kita discount 1k. interest bukan salesman yg tetapkan tetapi bank n balance different interest tu pun bank yg ambil.. untuk interest, contohnya bank ada buat promo 2.8%, tetapi depends on terms. maksudnya disini, interest 2.8% tu akan di beri bergantung pada scoring points customer.
If cust baru firsttime beli kereta, memang2 konpem2 payah nak dapat interest tu. mungkin akan dapat 3.1% n kalau gaji cust yg first time tu beli lebih dari kelayakkan insyaallah, potensi utk dapat interest tu tinggi.
interest bank biasanya dikira bergantung pada history bayaran customer sebelum ni dengan bank2 lain atau syarikat pinjaman mana2. jika bayar sentiasa tepat, mungkin boleh dapat bawah dari 2.8%. kalau customer tu pula bayar sangkut2, kadang2 bank tolong approvekan juga cuma interest tu tinggi. bagi yg bayar sentiasa tepat tetapi komitmen loan dah terlalu tinggi n dah lebih dari 60% gaji mereka, biasanya bank akan minta guarantor atau naikkan interest.
dalam hal ni, kita sebagai customer, deal dan nego lah dahulu dengan pihak bank untuk interest sebelum loan kita approved.
Biasanya salesman ni, diorang cuma mengeluarkan kereta dan juga org tengah bank dan customer utk menghantarkan documents cust.
Syukur alhamdulillah if salesman bg sy discount 1k.

Reply