Sunday, March 4, 2012

Tips Penjagaan Radiator Kereta

Berjumpa lagi dengan satu lagi tips yang dapat menjimatkan kos penyelengaraan kereta iaitu penjagaan radiator. Radiator merupakan komponen sampingan terpenting dalam sesebuah kereta yang menggunakan sistem penyejukkan air. Namun begitu terdapat juga kereta yang tidak mempunyai radiator kerana ia menggunakan sistem penyejukkan udara seperti VW atau volkswagon. Kelemahan dan kebaikan sistem penyejukkan air adalah seperti berikut :

1. Sistem penyejukkan air dapat menghalang enjin menjadi terlalu panas kerana air digunakan untuk menyejukkan bahagian enjin dan kemudian melalui radiator, air akan disejukkan sebelum masuk kembali ke dalam injin. Dengan cara ini dalam keadaan berhenti pun injin dapat dihidupkan pada jangkamasa yang lama tanpa menghadapi masalah overheating. Tetapi injin yang menggunakan sistem penyejukkan udara akan menghadapi masalah overheating apabila kereta tidak bergerak dalam satu jangkamasa yang lama kerana ia memerlukan udara yang bergerak untuk menyejukkan enjin.
2. Sistem penyejukkan air tidaklah terlalu lasak seperti sistem penyejukkan udara. Ia memerlukan penyelengaraan dari masa ke semasa dan sebaliknya untuk sistem penyejukkan udara.
Cara Penyelenggaraan Radiator : (Setiap 3 bulan)
1. Buka kunci hos dibahagian bawah radiator (kunci ini biasanya diperbuat daripada plastik) dan penutup radiator dan biarkan air mengalir sehingga tiada lagi air mengalir daripada radiator.
2. Buka air daripada pili (mesti dengan kadar aliran yang sederhana kuat) dan masukkan ke dalam radiator, tunggu sekejap sehingga air mula keluar daripada radiator, kemudian hidupkan injin.
3. Biar injin melahu dan air mengalir keluar sehingga air yang keluar daripada radiator tidak lagi berkarat atau berwarna teh susu atau milo.
4. Matikan enjin, pasangkan kembali kunci hos di bahagaian bawah radiator dan isikan radiator dengan air pili tanpa menggunakan coolant sehingga penuh.

Gambar Dari Google
5. Hidupkan enjin tanpa menutup penutup radiator. Sepatutnya, selepas beberapa ketika, apabila enjin panas, air di dalam radiator tidak akan mendidih. Kalau mendidih, ini bermakna terdapat non function di bahagian tertentu sistem penyejukkan. Mungkin radiator tersumbat, atau termostat tidak berfungsi.
6. Perkara ini perlu dilakukan setiap tiga bulan atau lebih kerap bagi mengelakkan radiator tersumbat atau sistem aliran air di dalam injin tersumbat dengan karat air atau karat besi. Jika ini berlaku, suhu injin tidak lagi menjadi normal dan mungkin akan naik sedikit dan besar kemungkinan, overheating boleh berlaku.
7. Penggunaan coolant boleh memendekkan jangkahayat pam air dan termostat dan juga boleh menyebabkan radiator tersumbat.
8. Sekiranya radiator tersumbat, terdapat kedai yang boleh membersihkan radiator tanpa perlu menanggalkan radiator dengan menggunakan mesin khas. Harga upah dalam sekitar RM35-RM50. Saya akan cuba dapatkan alamat kedai tersebut dan akan emailkan kemudian.
9. Sekiranya radiator bocor, saya nasihatkan, ambil tindakan segera dengan menukar radiator (samada baru atau secondhand (kedai potong) kerana jika kita biarkan, kemungkinan overheating boleh berlaku dan kos mewmbaiki overheating ialah disekitar RM1000 – RM1500 bergantung kepada teruknya kerosakan. Kos penukaran radiator secondhand(kedai potong) kurang dari RM200. Berjumpa lagi dilain tips untuk kereta.

Sumber : Malaysia RIa,
Baca selengkapnya

Otak Mengecut Jika Ketagih Internet


BEIJING - Kajian terbaharu di China mendapati penggunaan Internet secara berlebihan oleh golongan remaja boleh menyebabkan otak mereka mengecut, lapor sebuah akhbar semalam.
Kajian berkenaan yang disiarkan jurnal sains, PLoS ONE menyatakan, kematian tisu otak berlaku di kalangan remaja yang ketagih melayari Internet.
Keadaan itu boleh membawa kepada kemerosotan daya tumpuan dan ingatan selain mengurangkan perasaan malu golongan remaja untuk melakukan perbuatan tidak sihat. Kajian tersebut melibatkan penggunaan mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk merakam imej otak 18 pelajar universiti berusia 18 tahun yang melayari internet selama 13 jam sehari, enam kali seminggu.
Kumpulan penyelidik berkenaan membandingkan imej MRI tersebut dengan imej MRI kumpulan pelajar yang melayari internet cuma dua jam sehari.
Selepas perbandingan dibuat, mereka mendapati korteks atau bahagian kelabu pada otak 18 pelajar yang ketagih Internet itu mengecut berbanding rakan mereka yang kurang melayari internet.
"Kajian kami membayangkan ketagihan Internet pada jangka panjang boleh membawa kepada kemerosotan struktur otak," kata kumpulan penyelidik itu.
Bahagian korteks otak berfungsi untuk memproses ingatan, emosi, pertuturan, penglihatan dan pendengaran di samping mengawal pergerakan anggota manusia.
Kajian itu dilakukan oleh sekumpulan pakar neurologi dan radiologi beberapa universiti dan hospital di China.
Dianggarkan seramai 24 juta remaja negara berkenaan ketagih melayari Internet. - Agensi 
Sumber: kosmo
Baca selengkapnya
AWAS! Produk Dari Taiwan Yang Tercemar DI (2-Ethylhexyl) Phthalate (DEHP)

AWAS! Produk Dari Taiwan Yang Tercemar DI (2-Ethylhexyl) Phthalate (DEHP)

Sila ambil perhatian bahawa terdapat beberapa produk minuman yang diimport dari Taiwan telah disahkan tercemar dengan DI (2-Ethylhexyl) Phthalate (DEHP). Kat bawah ni senarai beserta gambar produk-produk tersebut.

Sedikit info mengenai DEHP.

1. Apakah itu DEHP?

DEHP adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik untuk menjadikannya lebih lembut (flexible).

2. Bagaimanakah makanan boleh tercemar dengan DEHP?

DEHP daripada pembungkus makanan plastik boleh berpindah (migrate) ke dalam makanan. DEHP juga boleh hadir dalam persekitaran disebabkan oleh pengeluaran, pengangkutan, penyimpanan dan pemprosesan bahan plastik dan secara tidak langsung ia boleh mencemari rantaian makanan manusia. Selain itu, makanan dicemari dengan DEHP kerana ia ditambah ke dalam clouding agent (sejenis aditif makanan) oleh syarikat pengeluar di Taiwan.

3. Apakah kesan pencemaran DEHP dalam makanan pada kesihatan manusia?

DEHP berkemungkinan boleh menyebabkan kanser ke atas manusia.



Sumber: http://fsq.moh.gov.my/v2/
Baca selengkapnya

SOLAT DHUHA Murahkan Rezeki, Menolak Kepapaan

Solat Sunat Dhuha 
  
Hadis pertama : Dari Abu Hurairah r.a berkata : Nabi Muhammad saw menasihati aku untuk mengerjakan 3 perkara dan jangan ku tingalkan sehingga aku mati iaitu:
1. Puasa 3 hari pd pertengahan bulan
2. Shalat Dhuha
3. Solat sunat Witir sebelum tidur
 
Hadis kedua: Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di  lautan.
Hadis ketiga:  Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.
Hadis keempat: Diriwayatkan oleh Tabrani Rasullullah bersabda: Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang pada hari kiamat , berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu bersolat dhuha ? inilah pintu kamu silakan lah masuk ke dalamnya dgn rahmat Allah swt.
Kesimpulannya banyak sangat fadilat dan kelebihan apabila kita mengamalkan solat sunat dhuha dalam hidup kita seharian.
Solat sunat dhuha itu dilakukan dgn 2 rakaat mcm solat sunat yg lain.  Waktu nya selepas waktu syuruk dari 7.30 hingga 11.00pg.
Cara solat dhuha:
1.Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Assham dan rakaat kedua selepas fatihah baca surah Addhuha.
2. Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Addhuha dan rakaat kedua selepas fatihah baca surah al ikhlas
3. Yang terbaik selepas fatihah rakaat pertama baca ayat kursi 10x dan pada rakaat kedua selepas fatihah baca surah alikhlas 10x juga.
Baca selengkapnya

Minyak Enjin : Apa Yang Harus Diketahui

Ramai diantara kita suka memandu. Tetapi tidak ramai pula yang mengambil berat dalam memilih minyak pelincir bagi keretanya. Sedangkan, jika anda merenung sejenak, enjin ialah jantung kereta dan ia hanya dapat memberikan prestasi dan ketahanan yang anda harapkan sekiranya dijaga dengan baik. Faktor utama dalam menjaga enjin supaya ia sentiasa elok ialah pemilihan minyak enjin yang bermutu. Hanya minyak yang bermutu dapat membantu anda mencapai itu semua.
Pelinciran yang kerap:
Minyak pelincir mengalir turun ke takungan dibahagian bawah enjin apabila kereta tidak digunakan pada sebelah malam. Penurunan suhu juga akan menebalkan minyak itu. Ini bermakna minyak perlulah menjadi cukup cair untuk mengalir ke bebola (bearings) sebaik sahaja enjin dihidupkan pada waktu pagi. Tetapi, apabila suhu enjin meningkat kerana kereta laju, minyak pelincir mestilah cukup kukuh untuk menjadikan dirinya sebagai selaput untuk melindungi karburetor, tuil injap, lengan hayun dan hujung injap. Anda memerlukan minyak pelincir yang seimbang dan mempunyai campuran bergetah yang betul untuk menjaga pelinciran enjin dalam keadaan yang terlampau panas dan sejuk. Penzoil ialah minyak yang dicipta khusus untuk mempastikan pelinciran berlaku cepat apabila enjin dihidupkan daripada keadaan yang sejuk atau ketika suhu tinggi kerana perjalanan yang jauh atau kerana perjalanan dibandar yang tidak menentu kelajuannya.


Perlindungan daripada asid yang menghakis:
Wap dan gas dihasilkan apabila petrol atau bahanapi membakar. Apabila enjin yang panas menjadi sejuk, sebahagian dari wap itu menjadi tebal dan campur dengan gas untuk menjadi asid yang menghakis disekeliling lingkaran (enjin), selinder, dan omboh. Ini mengakibatkan bahagian-bahagian itu terhakis atau berkarat. Kejadian ini bagaimanapun dapat dikurangkan sekiranya ada pelinciran yang kerap.
Menjaga kebersihan enjin selalu:
Pembakaran petrol atau bahanapi juga menghasilkan enapan jelaga dan karbon. Minyak pelincir yang baik akan mengapungkan bahan-bahan sampingan itu supaya tidak terkumpul ditepi-tepi ruang pembakaran sehingga menganggu penyalaan enjin, perjalanan yang menyulitkan dan akhirnya kehilangan kuasa.
Apabila minyak enjin kereta anda ditukar pada lain kali, harap perhatikan warna minyak enjin yang ditukarkan dari ruang bawah enjin. Minyak pelincir yang baik akan mengalir keluar dari enjin dengan warna hitam legam kerana ia mengandungi partikel yang dilekangkan dari tepi-tepi ruang pembakaran dan yang akan dikeluarkan dari enjin apabila minyak enjin ditukar.
Sekiranya minyak pelincir yang mengalir keluar dari enjin itu bersih, ini bermakna kotoran sudah tertinggal didalam enjin. Selepas suatu tempoh yang panjang, bahan-bahan yang tertinggal itu akan menghakis bahagian enjin.
Apabila ini berlaku, mintalah mekanik anda supaya memasukkan pennzoil kedalam enjin. Kemudian anda saksikan warnanya apabila ditukar nanti. Anda akan mendapati warnanya hitam kerana minyak itu dapat membersihkan bahagian-bahagian yang dilekati bahan-bahan berkenaan. Pembersihan ini hanya dapat dilakukan oleh minyak yang bermutu.


Sumber : Emel
Baca selengkapnya

LANGKAH KESELAMATAN KETIKA KILAT SERTA RIBUT PETIR

Firman Allah :
Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNYa, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.


(Surah Ar Ra’ad :12-13)


DOA KETIKA RIBUT PETIR



*************************************
LANGKAH KESELAMATAN KETIKA KILAT SERTA RIBUT PETIR

  • Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan.
  • Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku 6 batu ( 9.6 km) dari tempat kita berada.
  • Untuk mengira jarak kilat gunakan teknik “Flash to Bang” ( Kilat ke Guruh).
  • Kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1 batu. ( 10 saat = 2 batu , 20 saat = 4 batu , 30 saat = 6 batu ).
  • Sekiranya tempoh antara kilat dan guruh ialah kurang daripada 30 saat , langkah keselamatan berikut hendaklah diambil.
  • Hanya selepas 30 minit selepas kejadian kilat serta ribut petir barulah boleh dianggap selamat.

A). LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI DALAM BANGUNAN

- Matikan semua peralatan elektrik dan tanggalkan plag dari soket dinding jika perlu.
- JANGAN gunakan talipon talian rumah/pejabat gunakan talipon bimbit jika perlu sahaja
- Jangan duduk berhampiran pintu dan tingkap yang menghadap luar rumah.
- Elakkan berada di bilik air atau paip air yang diperbuat daripada besi.


B). LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI LUAR RUMAH

- Cari perlindungan di bangunan besar seperti kedai, pejabat dan rumah yang mempunyai besi penahan kilat (lightning arrestor).
- Jika tidak cari perlindungan dalam kereta, van, lori dimana semua tingkap ditutup rapat.
- Jika tiada berlindung dikawasan rendah yang tiada objek logam seperti dalam parit, longkang, tanah berlekuk dan sebagainya.
- Boleh mencari perlindungan di kawasan hutan tebal yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak serta sama tingginya.
- APABILA berada dalam kumpulan PASTIKAN jarak anda dengan rakan anda yang lain antara 15 kaki ke 20 kaki.
- DUDUK dalam keadaan menyangkung, kaki dirapatkan dan letak tangan pada telinga.
- JANGAN berlindung di Pondok Talipon, Pondok Bas, Bangsal, Khemah, Di Bawah Pokok.
- JANGAN berada di Kawasan Lapang, Padang Bola, Padang Golf.
- JANGAN berada di Kawasan Berair seperti Tasik, Sungai, Paya, Kolam Mandi, Taman Tema Air dan sebagainya.
- JANGAN berada di tanah tinggi, Gunung dan Bukit.
- JANGAN berada di tempat yang ada dua unsur seperti Batu dengan Tanah, Air dengan Darat, Pokok dan Tanah.
- JANGAN berada ditempat berhampiran logam seperti Pagar, Tiang Talipon, Tiang Elektrik.
- APABILA berada dalam bot diatas air dan anda tidak sempat ke daratan pastikan anda DUDUK rendah ditengah bot, JANGAN letakkan tangan dan kaki anda ke dalam air.
Baca selengkapnya
Imbasan : Kekejaman Tentera Serbia Keatas Umat Islam Bosnia

Imbasan : Kekejaman Tentera Serbia Keatas Umat Islam Bosnia






Kerana tidak mahu Islam menguasai Srebrenica-Bosnia, puak Serbia Bosnia yang dipimpin oleh Jeneral Ratko Mladic mengarahkan tentera membunuh 8,000 lelaki dan remaja dari etnik Islam Bosnia di wilayah itu. Kejadian yang berlaku Julai 1995 meng­gemparkan seluruh masyarakat dunia terutama negara-negara Islam yang marah dengan tindakan Serbia. Mengikut kenyataan rasmi dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), jumlah sebenar mungkin melebihi dari jumlah yang dilaporkan kerana majoriti penduduk bandar kecil itu adalah etnik Islam Bosnia.


Peristiwa itu bermula pada sekitar tahun 1992 apabila berlaku perpecahan antara Serbia dan Bosnia dalam peperangan saudara yang menyaksikan kebangkitan Islam di Bosnia. Srebrenica yang bersempadan dengan Bosnia telah diberi tanggungjawab menjaga kem pelarian etnik Islam dari serangan puak tentera Serbia yang dikawal oleh 400 pasukan pengaman dari Belanda lengkap dengan senjata. Bagaimanapun, pada 6 Julai 1995, militan Serbia Bosnia dibantu oleh pasukan Korps Drina dari tentera Serbia Bosnia telah menggempur pos-pos kawalan tentera Belanda di sempadan sebelum memasuki Srebrenica.


Ramai pasukan pengaman dari Belanda terbunuh dan ada yang ditawan oleh tentera Serbia. Tentera Serbia yang terlalu ramai menyebabkan ramai tentera pengaman Belanda terpaksa menyelamatkan diri di sempadan Bosnia. Pada 11 Julai, tentera Serbia Bosnia berjaya menawan kem pelarian Islam Bosnia. Mereka mengasingkan kaum lelaki berusia 12 hingga 77 tahun untuk dihapuskan Kanak-kanak, wanita tua dan wanita diasingkan dalam khemah. Ramai wanita dirogol oleh puak militan Serbia Bosnia dan ada juga dibunuh kerana menentang mereka. Pada 13 Julai, kira-kira 8,000 lelaki dibunuh beramai-ramai di luar sebuah gudang di Kravica. Namun, ada yang berjaya melarikan diri dari pembunuhan kejam itu.


Pun begitu, ramai juga yang terbunuh terpijak periuk api, dibunuh oleh militan dan tentera Serbia yang mengepung kem pelarian itu. Pembunuhan beramai-ramai yang dipanggil Genosida Srebrenica memaksa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan tegas terhadap Serbia Bosnia terutama pemimpinnya. Apa yang menyedihkan, Mahkamah Keadilan Antarabangsa tidak mendakwa Serbia atas tindakan kejam itu sebaliknya mengecam negara itu gagal mengekang kejadian tersebut. Walaupun tindakan kejam itu dilakukan oleh militan Serbia Bosnia, tapi militan itu mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Serbia Bosnia.



Ratko Mladic



Pada 27 Februari 2007, ICJ mengarahkan Jenderal Ratko Mladic yang mengetuai pem­bunuhan beramai-ramai diburu untuk dibica­rakan ke mahkamah atas tuduhan membunuh untuk penghapusan etnik Islam Bosnia. Jenderal Mladic bersama pembantunya berjaya menyembunyikan diri dari diburu oleh pasukan pengaman. Beberapa tahun kemudian, ramai dari mereka ditahan dan diadili di ICJ dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan hukuman mati. Beberapa buah kubur besar turut digali semula untuk membuktikan kezaliman militan dan tentera Serbia terhadap etnik Islam Bosnia. Mayat-mayat itu kemudiannya dimasukkan ke dalam keranda dan dikebumikan di perkuburan Islam.


Walaupun kejadian itu sudah berlalu hampir 15 tahun, ia masih segar dalam ingatan masyarakat Islam terutama ahli-ahli keluarga yang dibunuh dengan kejam. Saya masih ingat pada satu masa dahulu, Tv3 menayangkan satu rencana yang bertajuk lebih kurangnya ‘Massacre In Bosnia’. Ia menayangkan kekejaman yang dilakukan oleh Serbia yang mana majoritinya Kristian menyembelih dan melakukan pembersihan etnik terhadap umat Islam Bosnia dan Kosovo. Ini adalah fakta sejarah. Kekejaman yang dipaparkan jelas melangkaui pemikiran manusia biasa.




Mungkin kita tidak pernah terfikir, seorang manusia sanggup menyembelih bayi-bayi yang masih kecil, mengembiri kaum-kaum lelaki kemudiannya membakar mereka hidup-hidup, merogol wanita-wanita sehingga ramai di antara mereka mengalami gangguan mental dan membunuh diri. Ia hanyalah secebis kisah duka, namun yang paling menyayat hati di mana pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh jiran mereka sendiri yang selama ini hidup aman. Perkampungan yang sebelum ini menjadi tempat mereka bermain dan berkongsi kegembiraan menjadi neraka. Jiran mereka sendiri merogol anak-anak perempuan, isteri-isteri jiran-jiran mereka di hadapan suami-suami dan bapa-bapa mereka sendiri. Seterusnya mereka mengumpulkan jiran-jiran mereka ini dan menembak mereka secara beramai-ramai. 





Satu lagi tragedi hitam umat Islam di akhir abad ke-20. Orang yang bertanggungjawab di sebalik kejadian kejam ini jika anda masih ingat semestinya Presiden Serbia masa itu iaitu Rodovan Karadzic. Pembunuhan-pembunuhan ini merupakan yang paling kejam selepas perang dunia ke-2 di Eropah. Beliau telah diburu hampir selama 13 tahun. Hampir 11,000 penduduk Bosnia menjadi kekejaman manusia yang tak layak digelar manusia ini. Angka ini mungkin tidak tepat kerana ramai yang terkorban tidak dijumpai tempat pembunuhan mereka.




Karadzic telah menyamar dan menjadi pengamal perubatan alternatif menggunakan identiti palsu selama 13 tahun. Dia menyimpan rambut panjang, berjanggut dan bercermin mata untuk menyembunyikan identitinya selama ini. Penduduk Bosnia yang selama ini menyimpan harapan melihat pembelaan terhadap pembunuhan kejam itu menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Namun, masih adakah keprihatinan umat Islam khususnya di Malaysia terhadap berita ini atau kita sekadar sibuk memikirkan bagaimana untuk mengenyangkan perut kita sahaja? Sesungguhnya terlalu banyak tragedi umat slam di seluruh dunia yang disembunyikan (PENEMUAN NGERI: Para sukarelawan menggali dasar Tasik Perucac untuk mencari rangka mangsa Perang Bosnia.



























sumber : Malaysia RIa
Baca selengkapnya
RAHSIA HANDSET KETIKA KECEMASAN & CARA2 FORMAT HANDSET

RAHSIA HANDSET KETIKA KECEMASAN & CARA2 FORMAT HANDSET

RAHSIA HANDSET KETIKA KECEMASAN & CARA2 FORMAT HANDSET ...Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -
1.Nombor Kecemasan Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di PAPARAN PENUH di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (Keypad lock).

2. Kereta terkunci Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.

Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3. Kuasa bateri tersembunyi Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(sstengah jenis tepon nokia gak)

4. Telefon dicuri Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.hohoh..padan muka kaw! Kebanyakan tips ini boleh digunapakai untuk telefon bimbit jenama Nokia.:)

CARA2 FORMAT HANDSET

Adakah yang memiliki enset nokia jenis s60 (Nokia N70, N73, 7610, 6600, N-gage, 6120 Classic)?Format tepon jika msuk virus? xperlu p kdai tepon or klinik handphone or wateva lah yg mnyakitkan ati krana mngmbil upah yg tggi. Kat sni aq akan bgi tutorial cket sal nk FORMAT HANDSET JENIS SYMBIAN 60 pada kwang.

Ok,First skali kwang p buat air tgkat ali or kopi ker ikot ksukaan kamu lar..Second lak,yg jnis isap rkok tu isap ar luu puas2.Pastu kwang follow step bwah neyh k.Sblum tu pastikan enset kwang tu ckup bateri(full).

1. Pertama skali, save and backup sumer data2 dalam memori enset kwang(nota,mssge,draft mssge,cntact,pic) kepada memori kad.klau nk backup bleyh gnakan NOKIA PC Suite kat pc kwang tu.

2. Selepas sudah backup data2 trsebut,kuarkan memori kad kwang n off enset trsebut.

3. Dalam keadaan off, - Tekan butang dail (green button) - Butang bernombor 3 - Tekan butang bintang * (star) - On handset korang - Jangan lepas satu butang pun hinggalah screen menunjukkan abjad FORMAT - Masa yang diperlukan lbeyh krang 5 minit.

4. Kesemua step diatas haruslah dibuat serentak sehingga kuar waktu yg perlu diset smula.

5. DONE! Anda brjaye mmformat tepon anda! Butang Rahsia Nokia Berikut ini adalah kunci kod butang rahsia yang boleh anda lakukan sendiri dengan menekan pada key pad hp anda yang berjenama Nokia sama ada cdma maupun yang gsm.
1. Melihat IMEI (International Mobile Equipment Identity) Caranya tekan butang * # 0 6 #
2. Melihat versi software, tarikh pembuatan softwre dan jenis compresion software Caranya tekan * # 0 0 0 0 # Jika tidak gagal coba butang * # 9 9 9 9 #
3. Melihat status call waiting Caranya tekan * # 4 3 #
4. Melihat nombor / nombor private number yang menghubungi handphone anda Caranya tekan * # 3 0 #
5. Menampilkan nombr pengalihan telefon all calls Caranya tekan * # 2 1 #
6. Melihat nombor pemanggil pada pengalihan telefon kerana tidak anda jawab (call divert on) Caranya tekan * # 6 1 #
7. Melihat nombor pemanggil pada pengalihan panggilan kerana di luar jangkauan (call divert on) Caranya tekan * # 6 2 #
8. Melihat nombor pemanggil pada pengalihan panggilann kerana sibuk (call divert on) Caranya tekan * # 6 7 #
9. Mengubah logo operator pada nokia type 3310 dan 3330 Caranya tekan * # 6 7 7 0 5 6 4 6 #
10. Menampilkan status sim clock Caranya tekan * # 7 4 6 0 2 5 6 2 5 #
11. Berpindah ke profil profile handphone anda Caranya tekan tombol power off tanpa ditahan
12. Mengubah setting hp nokia ke default atau aturan kilang Caranya tekan * # 7 7 8 0 #
13. Melakukan reset timer handphone dan score game hp nokia Caranya tekan * # 7 3 #
14. Melihat status call waiting Caranya tekan * # 4 3 #
15. Melihat kod pengilang atau factory code Caranya tekan * # 7 7 6 0 #
16. Menampilkan serial number atau nomer seri hp, tarikh pengilangan,tarikh pembelian, dan tarikh service terakhir, transfer user data. Untuk keluar handphone harus direset balik. Caranya tekan * # 92702689 #
17. Melihat kod pengamanan handphone anda Caranya tekan * # 2 6 4 0 #
18. Melihat alamat ip perangkat keras bluetooth anda Caranya tekan * # 2 8 2 0 #
19. Mengaktifkan EFR dengan kuality suara terbaik namun bazir energi batery Untuk meng off gunakan kod yang sama. Caranya tekan * # 3 3 7 0 #
20. Mengaktifkan EFR dengan kuality suara terendah namun jimat energi batery. Untuk mematikan gunakan kod yang sama. Caranya tekan * # 4 7 2 0 #
21. Menuju isi phone book dengan cepat di handphone nokia Caranya tekan nombor urut lalu # contoh : 150#
22. Mengalihkan panggilan ke nombor yang dituju untuk semua panggilan Caranya tekan * * 2 1 * Nombor Tujuan #
23. Mengalihkan panggilan ke nomor yang dituju untuk panggilan yang tidak terjawab Caranya tekan * * 6 1 * Nombor Tujuan #
24. Mengalihkan panggilan ke nombor yang dituju untuk panggilan ketika telefon bimbit anda sedang sibuk Caranya tekan * * 6 7 * Nomor Tujuan # Keterangan Tambahan : - Kod di input tanpa jarak - Ada kod-kod nokia yang berlaku pada jenama handphone tertentu saja..selamat mencuba….Lihat seterusnya..


sumber : Emel
Baca selengkapnya
Kenapa tidak boleh guna HP di stesen minyak?

Kenapa tidak boleh guna HP di stesen minyak?

Pernahkah anda nampak simbol seperti ini setiap kali anda mengisi minyak di stesen minyak? Kalau ya, apa yang anda buat? Buat dono je?
Mungkin ada diantara kita yang memandang remeh simbol di atas, tetapi ujikaji di bawah ini menunjukkanbahawa dengan beberapa panggilan daripada handphone disekitar kawasan yang mempunyai minyakkebakaran boleh terjadi.. Boleh di cuba ujikaji ini jika masih ragu.

Alat yang diperlukan :
1 Kuali (pan), Sedikit kertas, 1 rol aluminium foil, 1 handphone
Bahan-bahan tadi di letakkan seperti gambar di bawah
Selepas itu gunakan handphone untuk membuat
panggilan seberapa banyak...
Setelah beberapa panggilan dibuat ini yang akan terjadi
Ini menunjukkan mengapa kita dilarang menggunakan handphone ketika
berada di stesen minyak
Baca selengkapnya

Cara Mengenali Kulit Babi Pada Barangan

Sekarang barangan kulit amat senang untuk didapati. Di pasar-pasar malam banyak dijual barangan kulit yang tidak original. Tetapi adakah anda tahu jika barangan kulit yang anda beli itu diperbuat dari kulit babi? Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.

Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:




1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga. Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi.

Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.

2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain. 


3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut. 

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki. 

Bagaimana dengan anda? Adakah pernah anda terbeli barangan buatan daripada kulit babi ini seperti kasut, beg tangan, tali pinggang dan seumpamanya? Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang. InsyaAllah, dengan izinnya, semoga kita sentiasa dilindungiNya.

p/s : Sila share info ini. Thanks..



Baca selengkapnya