Monday, July 18, 2011
Friday, December 10, 2010
KEPADA PEMINAT MINUMAN SOYA
Mengandungi kerak umpama daging……
Jika ada yang membelinya, sila buka kotak minuman tu
sepenuhnya, jgn setakat potong hujungnya saja.
Patutlah sedap….EWEKKK…..!!
NI LA JADINYA KLU PENGILANGNYA BUKAN ORG ISLAM…KITA PEMBELI MELAYU JADI TEMAKAN BARANG HARAM LA…EWEKKKK!! USUS …!!








SEKADAR BERKONGSI SAHAJA DAN SALING MENGINGATI..
AWAS BUAH PLUM DAN PRUN KERING YANG SEDAP TAPI BERACUN
SO INFO INI UNTUK DIKONGSI BERSAMA...


Awas kepada mereka yang mengemari buah plum & prun kerana mengandungi plumbum yang sangat tinggi yang boleh menjejaskan sistem saraf terutamanya kanak-kanak. Untuk maklumat lanjut sila baca berita dibawah. Untuk mengetahui kebaikan buah plum segar sila klik disini.
Kerajaan mengharamkan 16 jenama produk buah kering yang diimport dari China, Taiwan dan beberapa negara Asia kerana mengandungi logam plumbum melebihi paras yang dibenarkan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata produk buah kering antaranya plum kering dan prun kering itu mengandungi paras plumbum yang agak tinggi iaitu antara 0.11 dan 30.3 bahagian sejuta (ppm) atau miligram (mg)/kilogram (kg).
Beliau berkata paras plumbum yang ditetapkan di negara ini ialah dua bahagian sejuta ppm atau mg/kg di bawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, dan jika kandungan logam melebihi paras berkenaan, tindakan undang-undang akan dikenakan.
Mana-mana pihak yang terlibat, jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 13(1), Akta Makanan 1983 boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Kementerian Kesihatan 2009 di sini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan U.S Food and Drug Administration (USFDA) menerusi laman webnya http://www.fda.gov yang bertajuk "Consumers Warned Not to Eat Certain Imported Dried Plums" pada Khamis lalu.
Liow berkata produk berkenaan adalah "The Original Chinese Candy", "Dried Plums with Pickle and Lemon", "Saladitos Con Pepino Y Limon", "Saladitos 6 Count", "Saladitos Salted Prunes", "Saladitos Chinese Candy", "Its Fruit Chinese Style Dried Prune" dan "Salted Plum Suckers".
Produk lain adalah "Salados Salted dried plums", "7 Salted Plums", "Preserved Liquariced Prune", "Preserved Plums:Preserved Salted Prunes", "Preserved Plums:Preserved Red Prunes", "Preserved Fruit Pitted Prunes", "Chan Pui Mui Preserved Plum" dan "Ka Po Preserved Plum".
Liow berkata kementerian terus memantau untuk memastikan produk berkenaan tidak terdapat dalam pasaran tempatan.
Beliau berkata kementerian juga akan meneruskan pemantauan di pintu masuk dengan meletakkan pemeriksaan Tahan Lima (Tahan, Uji dan Lepas) dalam Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) untuk semua produk yang terlibat.
Plumbum adalah bahan cemar dalam makanan yang boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan manusia dalam jangkamasa panjang akibat daripada pengumpulan bahan cemar dalam badan.
Beliau berkata kesan yang mungkin berlaku adalah gangguan kepada sistem saraf dan perkembangan otak terutama di kalangan kanak-kanak.
"Sehubungan itu, kementerian ingin menasihatkan pengguna supaya tidak membeli produk-produk yang terlibat, manakala penjual dinasihatkan supaya melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) ataupun Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat sekiranya produk berkenaan terdapat di premis mereka," katanya.
Liow berkata pengimport atau ejen yang mengimport produk terbabit diminta menghentikan pengedaran dan memaklumkan kepada PKD atau JKN berdekatan untuk tindakan seterusnya. - Bernama
NASI LEMAK 7 ELEVAN

Dari mailbox admin,
Salam semua,
Kepada pengemar nasi lemak yg selalu membeli nasi lemak d 7-eleven di Selangor
saya nasihatkan hentikan tabiat anda itu.....pagi tadi saya singgah kat kedai husband saya
dan ternampak satu kedai makan "cha ya nun alif" ni...and tgk ada seorang chinese girl tgh potong sayur di sebelahnya anjing tgh dok hidu sayur2 dia tu.....tetiba tergerak hati nk tya husband saya...
ini restoran ke apa? pastu hubby sy ckp dia terlupa nk cerita kt saya.....tempatnya saya terpaksa rahsia kan....mintak maaf sbb atas sebab2 keselamatan awam...heheheh
Menurut hubby saya ini bukan restoran tp tempat packing nasi lemak + bihun goreng utk di pasarkan ke 7 eleven seluruh selangor...
Owner ni dpt contract 3 tahun ngan 7 eleven....pekerjanya ramai Indon....salah sorang Indon kt tempat tu cerita kt hubby saya nasi lemak yang dia org proses halal...barang2 pun dari sumber2 yg halal...
Tapi masalahnya tgh mengoreng nasi lemak pun ada anjing kt kaki apa hal.....so tepuk dada tanya iman....
pada pandangan saya memg x halal sebab x menjaga kebersihan langsung...mcm mana nk halal anjing kiri kanan.....
So moralnya lebih baik beli nasi lemak yg di jual melayu kita di kaki2 lima tuh......
Wallahualam..
BEZA MARJERIN DAN MENTEGA



(MUNGKIN ADE YANG DAH PERNAH BACA SEBELUM NIH..)
Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.
Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.
TAHUKAH ANDA …perbezaan antara marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya…anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.
Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!
Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.
Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.
Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan … INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!
Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).
Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:
*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?
(Differences Between Butter And Margarine) Dipetik dari Rense.com
Operasi rahsia selama lima tahun terbongkar
Ideris Mohamad menunjukkan minyak masak kitar semula yang sudah bertukar menjadi hitam tetapi masih digunakan di kilang membuat bebola ikan di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.


Produk dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai hingga meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain. Menurut Ideris, kilang itu pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas kesalahan terlalu kotor. Namun, serbuan semalam membuktikan tidak banyak perubahan berlaku. Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan di kilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan sampel produk untuk ujian. Jelas Ideris, jika disabit kesalahan, pengusaha kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B semalam.Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lapan tahun. Kilang itu juga diarah tutup selama 14 hari.

AWAS : JANGAN MAKAN LAGI FISHBAL, NUGGET KALAU ANDA TAK KENAI /TAHU SIAPA PEMBUATNYA TERUTAMA DI PASAR MALAM. NASIHAT BUAT GENG SMUER.. STOP MAKAN FISH BALL...TAK MATI KALAU TAK MAKAN....
NESCAFE 3 IN 1 BOLEH MEROSAKKAN BUAH PINGGANG DAN JANTUNG.
Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.
Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:
Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya semakin basah.
Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan ‘Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah.
Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung.
Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)’
Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:
1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan:Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatus sauda.
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.
Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.
Sekian wassalam wallahuaqlam.
Komposer Rock Amerika Mendedahkan Pengaruh Yahudi di Hollywood
Wes Penre pernah diberi liputan dalam beberapa akhbar utama tempatan dahulu kala tetapi tidak meluas, dan mungkin ada dikalangan anda yang sudah mengetahui hal ini.
Siapakah Wes Penre?
Peminat-peminat muzik mungkin tidak mengenalinya tetapi dialah salah seorang individu penting dalam membangkitkan zaman Rock dan Heavy Metal tahun 1980-an dan 1990-an dahulu di Amerika Syarikat. Beliau adalah komposer terkenal, pengubah lagu, pencipta lagu bagi kumpulan-kumpulan rock zamannya seperti Rolling Stone, Led Zepallin, Black Sabbath, Metallica, Aerosmith, Slaughter, Megadeath, Dio, Sepultura dan lain-lain lagi.
Apakah yang Wes Penre ingin bongkarkan? Menurut Penre, semasa beliau menjadi komposer muzik dan pencipta lagu, dia amat hairan bagaimana lagu-lagu ciptaannya yang berunsur-unsurkan pemujian kepada tuhan, kedamaian, intergrasi antara kaum, cintakan keluarga dan kehidupan manusia tidak diterima oleh syarikat-syarikat rakaman gergasi seperti BMG dan Sony Music dan beberapa syarikat rakaman gergasi lain lagi.
Lagu-lagu ciptaannya yang bertemakan seks, pemujaan syaitan, penghinaan kepada semua agama, peperangan dan sewaktu dengannya pula diluluskan untuk diterbitkan dalam album-album kumpulan rock. Beliau kurang mengambil berat masalah ini ketika itu kerana masih banyak lagu-lagu ciptaannya diterbitkan. Lama-kelamaan sifat ingin tahu mula timbul dalam diri. Sifat ini berkobar-kobar sehingga mendesak dirinya untuk melakukan kajian dan siasatan sendiri.
Selepas berkahwin pada 1988, Wes Penre mula mendapatkan sebuah komputer dengan kelengkapan internet. Pada ketika itu, komputer agak mahal kemampuan pencapaian internet tidak sebaik zaman sekarang.
Hasil ketekunannya membuat kajian mendapati bahawa industri muzik di Amerika Syarikat di kawal sepenuhnya oleh suatu kelompok Yahudi ekstremis. Kelompok ini ialah gerakan sulit Illuminati yang sudah bertapak di bumi sejak 1770-an lagi. Kajiannya juga dibantu oleh beberapa artis-artis lain yang mengetahui rahsia disebalik industri hiburan Amerika, banyak maklumat yang diperolehinya. Pada awal tahun 2000, Penre tekad meninggalkan bidang hiburan dan sekarang ini beliau menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang penulisan dan kerja-kerja dakwah agama Kristian. Namun itu bukanlah bermakna dia tidak mengambil tahu langsung perkembangan muzik-muzik masa kini, katanya….
“I am one of those who at that time didn’t understand why my revealing lyrics and melodic songs were not appreciated by the big Record Companies. Now I know better. And no matter what some people might think, I am NOT a bitter, failed musician, who wants to “get even” with the Industry. I live a life I am very happy with, and even if I had the chance again, I would not sign up to be a professional musician. In a better world I would, but I will NOT sacrifice my body and soul to make big bucks for the Illuminati.”
Katanya lagi,
“……so when I write this, I am one of the few who exposes this without having a religious or personal agenda. Whatever you may think of the following, it will definitely open your eyes, and next time you see an interview with one of those artists, listen to a concert, or listen to a CD, you will recognize some of what is written here. Again, my intention is not to have you stop listening to music. I still find much of the rock music being great, and I listen to it daily - but with a new insight …”
Lihatlah, bekas komposer rock terkenal pun sudah insaf, tambahan Penre bukanlah beragama Islam. Jadi dimanakah hala tuju anak-anak muda Islam di Malaysia, mahupun yang belajar di universiti, adakah mereka sedar bahawa mereka cumalah hamba-hamba orang Yahudi sahaja sekarang ini.
Pembongkaran Gerakan Illuminati Dalam Bidang Muzik
Berikut adalah perkara-perkara yang Wes Penre ketahui selepas membuat kajian tentang industri muzik yang menjadi darah dagingnya itu;
* Penre menyedari terdapat suatu gerakan sulit orang-orang Yahudi di peringkat antarabangsa di belakang syarikat-syarikat rakaman dan industri bisnes di Amerika Syarikat. Gerakan sulit ini dikuasai oleh golongan billionaire yang menggelarkan diri mereka Illuminati atau Moriah Conquering Wind, iaitu orang-orang yang bertanggungjawab menggunakan industri hiburan untuk memutar belit minda masyarakat untuk mencapai matlamat pergerakan sulit mereka iaitu One World Government.
* Kesemua pengarah-pengarah eksekutif tertinggi Syarikat-syarikat rakaman terdiri dari individu yang sama, mereka adalah ahli pergerakan rahsia Yahudi iaitu Freemason dan Illuminati.
* Untuk menjadi ahli-ahli muzik di bawah syarikat-syarikat rakaman gergasi, anda mesti bekerja sebagai pembawa agenda Illuminati, yang mana bermatlamat mengawal pemikiran seluruh populasi dunia, atau dalam erti kata lain, anda mesti bersedia untuk digunakan sebagai hamba mereka sebelum memulakan kerjaya. Namun demikian, ini tidak bermakna semua artis diserap masuk sebagai pembawa agenda mereka, tetapi mereka terikat dengan peraturan-peraturan dalaman industri tersebut. Dalam dunia sebenar, anda bebas melakukan apa saja sebagai seorang artis, sama ada untuk meluahkan perasaan anda melalui muzik anda. Tetapi jika anda mahu membuat perkara tersebut dalam industri muzik barat, anda mesti menyesuaikan diri dengan kehendak kelompok-kelompok Yahudi ini. Sehinggalah sekarang, industri hiburan dan Holywood adalh dua contoh industri yang dikawal sepenuhnya oleh Illuminati.
* Artis-artis terkenal, yang mendapat publisiti meluas, mereka sendiri sebenarnya adalah mangsa aturan kelompok Yahudi (Illuminati) ini, artis-artis ini diberi personaliti yang berbeza-beza dan semuanya dikawal oleh seorang Programmer yang bertindak sebagai pengurus mereka. Semuanya ini dilakukan untuk memastikan artis-artis tersebut sentiasa berada di atas landasan matlamat Illuminati, oleh sebab itu artis-artis tersebut terpaksa mengikut sahaja apa yang direncanakan ke atas mereka. Jika mereka cuba lari dari landasan Illuminati atau tidak mengikut perancangan yang ditetapkan, mereka akan dibelot, dihalang dari membuat rakaman album, atau dibuang dari industri atau mungkin dibunuh. Sebab itulah artis-artis terkenal di Amerika mempunuyai statistik kes-kes bunuh diri yang tinggi, yang sebenarnya bukanlah bunuh diri tetapi dibunuh menggunakan helah tertentu. Contoh terdekat seperti yang berlaku kepada bekas gitaris kumpulan rock terkenal, Metallica tahun 1980-an dahulu yang dijumpai mati di sebuah bilik hotel.
* Kebanyakan artis-artis Amerika terlibat dengan pertubuhan-pertubuhan rahsia seperti Church of Satan. Artis-artis ini mengamalkan upacara-upacara penyembahan berhala dan ilmu hitam di Church of Satan sebagai syarat untuk kekal popular (seperti Marilyn Monroe, Ozzy Osborne, Led Zepellin, Michael Jackson, The Eagles dan banyak lagi). Wes Penre juga berjaya mendedahkan apakah yang sebenarnya berlaku disebalik sifat glamour yang dimiliki artis.
Kesimpulannya
Keadaan yang dinyatakan di atas bukanlah teori, ianya realiti yang berlaku sekarang ini. Apa yang penulis paparkan bukanlah pendedahan pertama tetapi ianya sudah pun dipaparkan oleh beberapa orang pensyarah-pensyarah Malaysia yang berkhidmat di Amerika Syarikat dan Britain. Pendedahan yang dilakukan adalah berdasarkan fakta-fakta sahih yang dikaji oleh orang-orang Amerika sendiri yang hairan dan gusar dengan keadaan sosial yang melanda masyarakat mereka.
Kita sebagai rakyat Malaysia nampaknya masih terhegeh-hegeh mendewakan selebriti-selebriti Hollywood melalui pelbagai rancangan-rancangan hiburan. Kebodohan artis-artis Malaysia lebih menonjol apabila pemenang-pemenang Anugerah Skrin dipilih untuk melawat dunia Hollywood tidak lama dulu pada 19-26 Mac 2007. Inilah bukti orang-orang Islam yang menghambakan diri mereka kepada nafsu hiburan semata-mata.
Mujurlah ketika itu wartawan bernama HARTATI HASSAN BASRI dari Harian Metro bersikap agak rasional dan tidak terikut-ikut dengan sanjungan ke atas Hollywood. Hartati mengambil jalan yang betul dalam artikelnya yang bertajuk “Pembohongan Hollywood” yang mana beliau menjelaskan pengambaran hanya di lakukan dalam Universal Studios, Fox, CBS Paramount dan Warner Bros Studio VIP Tour.
Cuma ada sedikit komen dari penulis…
Iyelah mereka mempunyai modal yang besar dan canggih. Maksud canggih bukannya cari kampung orang, pinjam rumah dan buka kamera. MAksud canggih di sini ialah semua kerja-kerja yang dilakukan adalah dalam suatu kawasan di mana selebriti-selebriti boleh dipantau kehadiran dan disiplinnya.
Hartati mungkin tidak sedar apatah lagi Raja Hiburan Malaysia Datuk Farid Ridzuan bahawa mereka sedang berurusan dengan kelompok-kelompok Yahudi yang terkenal. Ini tak termasuk lagi Brtiney Spears, Harrison Ford dan Richard Gere yang memang anti-Islam cuma orang Islam sahaja yang kurang mengetahui.
Makan Dengan Tangan Kanan Atau Kiri?

Sejak kecil, kita sering diasuh oleh ibubapa supaya makan dengan tangan kanan, dan kita dilarang untuk makan dengan tangan kiri.
Sayangnya, bila sudah besar, didikan tersebut makin dilupai, malah lebih teruk lagi, ibubapa yang mengajarkan anak-anaknya hanya pandai mengajar,
tetapi tidak pandai mengamalkannya. Oleh itu, marilah kita melihat
sebentar, anjuran dari Nabi s.a.w kepada kita supaya menggunakan tangan
kanan ketika makan.
Makan dengan tangan kanan (1)
Nabi saw pernah menegur Umar Ibn Abu Salamah ketika makan, ianya disebutkan dalam hadis,
Dari Umar Ibn Abu Salamah r.a., dia berkata: "Rasulullah saw bersabda kepada saya: "Sebutlah nama Allah (Bismillah) dan makanlah dengan tangan
kananmu, dan makanlah dari yang terdekat denganmu." (HR Bukhari dan Muslim)
Orang yang mengikari sunnah Nabi saw iaitu sunnah makan dengan tangan kanan diancam keras oleh Nabi saw. Disebutkan di dalam hadis tentang orang
yang enggan makan dengan tangan kanan setelah disarankan oleh Nabi saw ;
Dari Salamah Ibn al-Akwa' r.a bahawasanya seorang makan di hadapan Rasulullah saw dengan tangan kirinya, maka baginda s.a.w bersabda:
"Makanlah dengan tangan kananmu." Dia menjawab: "Saya tidak bisa (tidak
boleh)." Baginda saw bersabda: "Semoga kamu tidak bisa!" Dia tidak mahu
hanya kerana kesombongan. Dia berkata: "(Akhirnya) dia benar-benar tidak
bisa mengangkat tangan kanannya ke mulutnya." (HR Muslim)
Tidaklah termasuk dalam hal ini orang-orang yang memang uzur untuk makan dengan tangan kanan misalnya tangan cedera, tangan kudung dan seumpamanya. Hal
seperti ini dimaafkan di dalam agama.
Firman Allah swt yang bermaksud, "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Surah Al-Baqarah : 286)
Makan dan minum dengan tangan kiri MENYERUPAI SYAITAN (2)
Orang-orang yang makan dan minum menggunakan tangan kiri menyerupai perbuatan syaitan. Hal ini disebutkan oleh Nabi saw dalam hadis yang sahih di
bawah;
“Jangan kamu makan dengan tangan kiri , kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri” (HR Imam Muslim : 2019)
“Apabila kamu ingin makan , maka makanlah dengan tangan kanan dan apabila ingin minum , maka minumlah dengan tangan kanan.Sesungguhnya , syaitan makan
dan minum dengan tangan kiri.”(HR Imam Muslim : 2020)
Penutup
Oleh itu, hendaklah kaum muslimin sekalian memerhatikan betul-betul amalan sehariannya supaya tidak menyanggahi sunnah Nabi saw. Janganlah melihat
sunnah-sunnah seperti ini sebagai kecil , tetapi setiap muslim wajib
mengikuti petunjuk Allah dan Rasul dalam menentukan cara hidupnya
(ad-din) kerana dengan mengikuti sunnah Rasulullah menandakan bukti
kecintaan kita kepada Allah swt. Firman Allah swt yang bermaksud;
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali Imran: 31)
Sebagai seorang muslim, cukuplah Rasulullah saw sebagai pedoman kepada kita dalam beragama, kerana Rasulullah saw merupakan contoh tauladan yang
terbaik dari kalangan manusia seluruhnya, firman Allah swt yang
bermaksud;
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari
kiamat dan dia banyak menyebut Allah. " (Surah Al-Ahzab: 21)
Marilah sama-sama kita mencintai sunnah Rasulullah saw, agar kita mendapat rahmat dan keampunan dari Allah swt.
Semoga bermanfaat.
30 gay bogel terkedu diserbu
MELAKA – Keghairahan sekumpulan 30 gay bercumbuan dalam keadaan berbogel di sebuah spa terencat apabila premis itu diserbu sepasukan penguat kuasa di Jalan Hang Kasturi di sini kelmarin.
Lebih memualkan, selepas lampu spa dibuka, anggota pasukan penguat kuasa Bahagian Pekerja dan Pelajar Antarabangsa (BPPA) yang memeriksa premis itu menemui banyak kondom terpakai dan sejenis cecair pelincir yang digunakan pasangan gay melakukan seks.
Pengarah (BPPA) Shahdan Othman berkata, serbuan pada pukul 9 malam itu dilakukan oleh BPPA selepas pihaknya menerima maklumat aktiviti seks songsang itu berterusan walaupun premis itu baru diserbu tidak sampai sebulan lalu.
“Maklumat mendedahkan aktiviti seks songsang kumpulan gay yang turut membabitkan segelintir pelajar berterusan di spa itu walaupun pemeriksaan demi pemeriksaan dilakukan,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Menurut beliau, hasil serbuan terbaru itu mendapati empat daripada 30 lelaki yang berusia 20 hingga 50 tahun yang ditahan itu beragama Islam.
-Kosmo

Suami Curang...Kemaluan Dilekat Gam

Hood-Davis menghubungi tiga wanita iaitu yang pernah tidur bersama suaminya iaitu Therese Ziemann, Wendy Sewell, dan Michelle Belliveau supaya merancang untuk melekatkan kemaluan Davis dengan gam.
Ziemann kemudian menghubungi Davis supaya datang ke sebuah motel di Chilton, Amerika Syarikat (AS) dengan tujuan untuk mengurutnya. Davis turut membenarkan tubuhnya diikat dan matanya ditutup dengan kain. Ziemann kemudian membuka pintu motel itu bagi membolehkan Sewell dan Belliveau masuk dan mereka melekatkan kemaluan Davis.
Davis dibebaskan selepas dia menjerit manakala tiga wanita itu melarikan diri dengan mencuri telefon bimbit, dompet dan kereta lelaki itu. Polis kini sedang mencari isteri lelaki itu yang kini menghilangkan diri selepas merancang perbuatan itu. Tiga wanita yang melekatkan kemaluan Davis itu dibebaskan dengan ikat jamin selepas mereka ditangkap polis. - Agensi
About me
About me
About Me
Follow Here
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2012
(31)
-
▼
December
(11)
- Proses Buat Loan Kereta; Berhati-hati Apabila Deal...
- Tip membeli dan memilih kereta terpakai.
- CARA MENGENAL PASTI BARANG DARI KULIT BABI
- Ferrari Bernilai RM36 Juta (10 Gambar)
- Ritz Carlton Hong Kong : Hotel Tertinggi Dunia (16...
- Wanita Ini Bertindak Memenggal Kepala Perogol
- Penjaja Jakarta Jual Bakso Babi Sejak 2 Tahun Lalu
- Kisah Seram Di Highway Bukit Gerik & Highway Gerik...
- [20 FOTO] Cara Kejam Lupuskan Mayat
- WTF : Tikus Bakar Kini Semakin Digemari Di Peru Se...
- Gambar mengerikan bayi dari hasil yang diklonkan
-
▼
December
(11)
footer social
Sponsor
recent posts
Pages
Bank
Like us on Facebook
Flickr Images
top navigation
Rekomendasi
-
Ingatlah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah berhati-hati apabila ingin membeli kereta baru atau kereta second hand. Ramai...
-
Terdapat sebuah buku masakan yang mana menampilkan koleksi resepi yang menggunakan bahan asas air mani manusia. Buku ini bertajuk 'Nat...




























